Celcom Xpax tawarkan kebebasan, fleksibili­ti untuk melayari Internet

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUCHING: Celcom Xpax menawarkan pelanggan dengan kebebasan dan fleksibili­ti untuk melayari Internet mengikut keperluan masingmasi­ng.

Bermula semalam, pihak Celcom Xpax menawarkan pelanggan prabayar dengan satu jam Internet tanpa had PERCUMA apabila mereka melanggan pas Internet Ultra Pass™ mingguan dan bulanan bermula daripada RM10.

Dengan satu jam Internet tanpa had, pelanggan tidak perlu bimbang untuk menonton satu demi satu video, bermain permainan mudah alih atau apa jua yang mereka gemari di atas talian.

Internet tanpa had percuma itu boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life pada bila-bila masa mereka memerlukan Internet pada siang hari.

Selain itu, pelanggan yang melanggan Ultra Pass™ juga akan menerima sehingga 15GB Internet berkelajua­n tinggi, YouTube percuma tanpa had (1 pagi hingga 7 pagi) selain akses VIP iflix.

Bagi pelanggan yang inginkan fleksibili­ti untuk menggunaka­n Internet mengikut jam dan mengikut keperluan, mereka boleh melanggan Ultra Hour Pass™, iaitu pas Internet mengikut jam yang terdiri daripada pas 1 jam, 3 jam, 12 jam dan 24 jam.

Bermula serendah RM1 setiap jam, pas Internet tersebut direka untuk pelanggan yang ingin mengawal perbelanja­an Internet mereka mengikut keperluan yang berubah dan dinamik.

Pelanggan prabayar C e l c o m Xpax juga akan menikmati 10GB Internet berkelajua­n tinggi untuk Facebook, Instagram dan Games Walla™ setiap bulan bagi memenuhi keperluan mereka untuk sosial dan permainan.

Dengan rangkaian 4G LTE Celcom yang menggunaka­n teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregatio­n, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.

Pelanggan Celcom Xpax mempunyai keyakinan bahawa ia merupakan satu-satunya pelan prabayar yang mereka perlukan bagi pengalaman bermain dan menonton video terbaik bersama rangkaian 4G LTE terbaik di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, layari www.celcom.com. my/xpax

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.