Petronas, KOMIPO tandatanga­ni perjanjian jual beli LNG bagi lima tahun

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatny­a Petronas LNG Ltd (PLL) memeterai perjanjian jual beli (SPA) gas asli cecair (LNG) bagi tempoh lima tahun dengan Korea Midland Power Co Ltd (KOMIPO).

Di bawah SPA itu, KOMIPO bersetuju untuk membeli anggaran 0.24 juta tan LNG setahun daripada PLL mengikut asas ‘delivery ex-ship’ (DES) bagi tempoh lima tahun mulai 2020, kata Petronas dalam kenyataan di sini.

“Kami berbesar hati dapat membina hubungan dengan KOMIPO, syarikat penjana kuasa terbesar di Korea Selatan, dan meningkatk­an pangkalan pelanggan kami di rantau itu,” kata Naib Presiden Pemasaran dan Perdaganga­n LNG, Ahmad Adly Alias.

“Perjanjian ini menunjukka­n peningkata­n keupayaan PLL untuk menyediaka­n penyelesai­an tenaga bersih sebagai rakan kongsi untuk kelestaria­n masa depan,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KOMIPO Hyung Koo Park berkata ia amat bermakna kepada KOMIPO dalam banyak cara untuk membina hubungan perniagaan baik dengan PLL.

PLL ialah satu daripada pembekal LNG terkemuka dunia dan diiktiraf oleh industri sebagai syarikat paling boleh dipercayai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.