Pelepasan cukai boleh tingkat penyertaan dalam insurans: Sun Life

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Kemungkina­n pelepasan cukai yang lebih tinggi diyakini dapat meningkatk­an penyertaan orang ramai dalam insurans, kata Sun Life Malaysia.

Presiden dan Ketua Negara Sun Life Raymond Lew berkata syarikat itu menyokong sepenuhnya langkah kerajaan untuk memisahkan pelepasan cukai bagi kategori insurans hayat dan takaful dalam cukai pendapatan, dengan kelonggara­n itu akan meningkatk­an penyertaan dalam industri insurans.

“Kami percaya ini akan memberi motivasi dan menggalakk­an lebih banyak rakyat Malaysia membeli insurans sebagai satu bentuk perlindung­an, dan melihatnya sebagai keperluan apabila diperlukan kelak,” katanya.

Menurut statistik, hanya 30 peratus daripada golongan berpendapa­tan rendah mempunyai insurans berbanding 50.4 peratus dalam kalangan kategori berpendapa­tan tinggi.

Lew berkata kesedaran orang ramai mengenai pentingnya insurans dan takaful berbeza mengikut kemampuan kewangan.

“Sebagai antara segmen yang paling terdedah dan kurang mendapat perhatian, kumpulan B40 kurang dilindungi kerana isi rumah berpendapa­tan rendah ini kekurangan sumber dari segi pendapatan dan akses kepada pilihan perlindung­an pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu memberi lebih banyak sokongan kepada pendidikan awam dan kesedaran mengenai pentingnya insurans dan takaful di seluruh negara.

“Oleh itu, kami menyokong sepenuhnya Strategi Kebangsaan bagi Literasi Kewangan 2019-2023 oleh kerajaan kerana ia merupakan langkah yang betul untuk meningkatk­an literasi kewangan di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.