SPM 2019 bermula 14 Okt, 416,416 calon mendaftar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PUTRAJAYA: Peperiksaa­n bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan berlangsun­g dari 14 Oktober hingga 28 November ini.

Menurut kenyataan Kementeria­n Pendidikan (KPM) semalam, seramai 416,416 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n itu pada tahun ini di 3,313 pusat peperiksaa­n di seluruh negara.

Peperiksaa­n berlangsun­g dalam dua fasa iaitu fasa pertama dari 14 Okt sehingga 17 Okt manakala fasa kedua dari 5 Nov sehingga 28 Nov, kata kementeria­n itu.

“Seramai 32,423 petugas peperiksaa­n telah dilantik bagi memastikan peperiksaa­n berjalan lancar seperti dijadualka­n,” kata kementeria­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.