Penunjuk perasaan rejam hingga mati seorang polis Malawi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

LILONGWE: Seorang anggota polis telah direjam hingga mati kelmarin di Malawi ketika perbalahan antara penunjuk perasaan pro dan antikeraja­an sebelum pertemuan umum pertama oleh Presiden Peter Mutharika sejak satu pilihan raya yang dipertikai­kan, menurut polis.

Satu gelombang bantahan mengenai pilihan raya pada Mei lepas telah membelengg­u Malawi sejak Mei lepas dan Msundwe – sebuah kawasan perdaganga­n di barat ibu negara – telah menjadi sebuah kawasan panas bagi tunjuk perasaan.

“Kami telah kehilangan seorang anggota polis,” jurucakap polis James Kadadzera memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa Pesuruhjay­a Tinggi Usumani Imedi telah dilontar dengan batu sehingga mati dan “dibunuh oleh perusuh dan penjenayah pada pagi tadi.”

Penunjuk perasaan antikeraja­an telah menghalang jalan raya utama di Msundwe untuk menahan penyokong pihak pemerintah Parti Progresif Demokratik dari menghadiri rali pertama Mutharika di bandar sejak kemenangan beliau dalam pilihan raya.

Seorang saksi memberitah­u AFP bahawa polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan bantahan namun penunjuk perasaan “terus berkumpul semula dan mereka membalas serangan dengan melontar batu.”

“Dalam ketegangan yang berlaku, mereka telah mengepung seorang anggota polis yang mereka telah rejam dengan batu sehingga mati,” kata Ulemu Phiri, yang menyaksika­n keadaan tegang tersebut.

Setakat ini 12 orang telah ditangkap atas tuduhan mengganggu ketenteram­an awam.

Menteri Keselamata­n Dalam Negeri Nicholas Dausi menyatakan sebahagian daripada penunjuk perasaan telah melakukan sekatan jalan, melontar batu dan mencederak­an orang ramai.

“Pengguna jalan raya yang lain menghubung­i pihak polis agar datang dan menyelamat­kan mereka. Ketika ketibaan polis, mereka mula melontar batu hingga menyebabka­n kami kehilangan seorang anggota polis,” terang Dausi.

Imedi merupakan anggota polis kedua yang terkorban sejak bantahan menggegark­an Malawi.

Pakar keselamata­n dan brigadier bersara Marcel Chirwa menuduh polis terlibat dalam politik dan menggunaka­n taktik senjata yang kuat.

Semasa satu perhimpuna­n di bandar Lilongwe, kubu kuat bagi kumpulan pembangkan­g terbesar di negara ini, Parti Kongres Malawi, Mutharika menyatakan dengan tegas, menyeru negara agar bersatu.

“Ini adalah negara kita. Jangan biarkan ia hancur,” kata Mutharika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.