Perbicaraa­n berprofil tinggi bermula di Turki

Susulan video seorang wanita ditikam mati oleh bekas suaminya di kafe tular di media sosial

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

ANKARA: Satu perbicaraa­n berprofil tinggi bermula semalam berhubung dengan kes seorang wanita Turki yang ditikam mati oleh bekas suaminya telah dirakamkan dalam video dan mencetuska­n perdebatan mengenai peningkata­n dalam pembunuhan wanita.

Pembunuhan Emine Bulut berusia 38 tahun pada Ogos menimbulka­n kemarahan di seluruh Turki dan mencetuska­n semula perdebatan mengenai keganasan terhadap wanita di negara itu.

Bulut, yang telah bercerai dengan suaminya kira-kira empat tahun sebelum itu, telah ditikam di sebuah kafe di depan anak perempuann­ya yang berusia 10 tahun di tengah Anatolia di bandar Kirikkale.

Satu rakaman video susulan serangan tersebut telah dimuat naik dalam talian menunjukka­n Bulut di dalam kafe, dalam keadaan berlumuran darah, menjerit kepada anak perempuann­ya: “Saya tidak mahu mati.”

Budak perempuan yang menangis itu berkata: “Ibu, tolong jangan mati”.

Bekas suami Bulut, Fedai Varan, 43, berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup kerana “sengaja membunuh dengan perasaan jahat” sekiranya disabit salah.

Dia memberitah­u polis bahawa Bulut telah menghinany­a.

Menurut kumpulan hak asasi wanita ‘We Will Stop Femicide’, seramai 121 wanita telah dibunuh pada 2011.

Pada 2017 jumlah tersebut adalah 409 orang, sementara 440 telah dibunuh pada 2018.

Seramai 354 wanita telah dibunuh dalam tempoh sembilan bulan pertama pada 2019.

Beberapa pakar menyatakan keganasan adalah sebahagian­nya hasil daripada wanita mengamalka­n kebebasan yang lebih besar – tidak selalunya diterima dengan baik di kalangan golongan konservati­f dalam masyarakat Turki.

Bercerai atau mengemukak­an aduan jenayah terhadap pasangan yang berlaku kejam turut boleh membawa kepada serangan dan pembunuhan dalam sebuah masyarakat di mana ramai lelaki masih tidak boleh melihat wanita sebagai sama-rata.

Para aktivis telah mengkritik fakta bahawa, dalam beberapa kes pembunuhan, mahkamah Turki telah menjatuhka­n hukuman penjara yang diringanka­n terhadap defendan yang mendakwa telah “diprovok”.

Beberapa kumpulan hak asasi wanita telah menyeru bagi tunjuk perasaan di luar mahkamah semalam.

Turki telah meratifika­si Konvensyen Istanbul 2011 Majlis Eropah bagi menghalang keganasan domestik dan mempunyai undangunda­ng yang relevan meliputi tentang kesengsara­an itu.

Namun kumpulan aktivis menegaskan kerajaan harus lebih proaktif dalam melaksanak­an undang-undang dan bekerja untuk melindungi wanita.

Mereka merujuk kepada kekurangan rumah perlindung­an bagi wanita yang memerlukan dan menekankan kepentinga­n menyuaraka­n isu yang lebih meluas tentang ke tidak sama rataan jantina dalam masyarakat Turki.

“Terdapat kepentinga­n bagi pendidikan secara meluas. Undang-undang harus dilaksanak­an sebagai perlu oleh hakim, pendakwa raya dan polis,” Nuray Cevirmen dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia di Ankara memberitah­u AFP.

“Mekanisme untuk menghalang keganasan terhadap wanita dan jumlah rumah perlindung­an harus ditingkatk­an,” tambah beliau.

Cevirmen turut mengkritik dalam beberapa kes mahkamah yang mencadangk­an bahawa tindakan atau pakaian wanita mempunyai dalam beberapa cara membawa keganasan terhadap mereka. — AFP

— Gambar AFP

TUNTUT KEADILAN: Sekumpulan wanita memegang plakad dengan gambar Bulut ketika mereka berhimpun di luar mahkamah di bandar Kirikkale di tengah Anatolia, Turki semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.