Presiden Azerbaijan lantik perdana menteri baharu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

BAKU: Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev telah menandatan­gani satu perintah kelmarin yang melantik pembantuny­a bagi hal ehwal ekonomi sebagai perdana menteri baharu negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Ali Asadov, 62, menggantik­an Novruz Mammadov, yang telah menyerahka­n surat peletakan jawatannya kepada presiden kelmarin.

Lulusan Institut Ekonomi Moscow, Asadov memulakan kerjayanya pada 1978. Pelantikan beliau termasuk sebagai penyelidik, profesor madya dan ketua jabatan di beberapa institusi.

Beliau menjadi ahli parlimen Azerbaijan bagi tempoh 1995 hingga 2000. Pada 1998, beliau telah dilantik sebagai pembantu presiden bagi hal ehwal ekonomi.

Bercakap di parlimen semasa pengundian bagi pencalonan­nya sebagai perdana menteri, Asadov berjanji beliau akan kekal komited terhadap dasar presiden dan berusaha sebaik mungkin untuk menjalanka­n semua tugasan yang diamanahka­n kepadanya.

Mammadov telah berkhidmat sebagai perdana menteri Azerbaijan sejak April tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.