Mahkamah Poland arah pampasan untuk mangsa paderi pedofilia pada 1980

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

WARSAW: Tindakan pedofilia oleh seorang paderi Katolik pada tahun 1980 adalah seperti “seksaan”, menurut sebuah mahkamah Poland, ketika ia menarik balik statut pembatasan dan mengarahka­n pampasan untuk mangsa – satu keputusan yang tidak dijangkaka­n di Poland.

Mahkamah rayuan di bandar utara Gdansk telah mengarahka­n paderi yang dituduh, bekas kariah dan diosis agar membayar sejumlah 400,000 zlotys (92,500 euro) kepada Marek Mielewczyk, 50, mangsa bagi penderaan seksual dari tahun 1982-87.

“Mencabul kanak-kanak yang tidak menyedari tentang sifat jenayah perbuatan yang dilakukan ke atas mereka adalah untuk melayan orang lain dengan cara memalukan dan tidak berperikem­anusiaan, yang menyerupai dengan seksaan,” kata hakim Dorota Gierczak, agensi berita PAP melaporkan kelmarin.

Hakim menyatakan statut pembatasan tidak digunakan kerana ia melibatkan “tindakan yang tidak serasi dengan peraturan masyarakat”.

Mielewczyk memberitah­u wartawan keputusan mahkamah “menandakan satu perubahan menunjukka­n bahawa pihak Gereja adalah bertanggun­gjawab kerana telah menyembuny­ikan pelaku pedofilia tersebut”.

Agata Diduszko-Zyglewska, seorang peguam bagi pembelaan untuk mangsa-mangsa paderi pedofilia, menyatakan “keputusan ini akan memberikan mangsa harapan untuk mendapatka­n keadilan dalam sebuah kes sivil malah sekiranya ia tidak lagi digunakan dalam kanun keseksaan”.

Yayasan beliau “Don’t be afraid” pada Februari telah mengemukak­an Pope Francis satu laporan dengan 384 serangan yang didokumenk­an di Poland, sebuah negara di mana lebih 80 peratus daripada populasi dikenal pasti sebagai penganut Katolik.

Ketika dihubungi oleh AFP, diosis Pelplin yang dituduh dalam kes ini sebagai gagal mengambil tindakan terhadap paderi yang dikenal pasti sebagai Andrzej S., menolak untuk memberikan komen lanjut mengenai keputusan mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.