Imigresen tahan 21 PATI Indonesia dan China

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dan China dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di beberapa kilang dan restoran di sekitar Sungai Petani, kelmarin.

Pengarahny­a, Zuhair Jamaludin berkata dalam operasi yang disertai 17 pegawai imigresen itu, pihaknya memeriksa 27 warga asing dan mereka yang didapati melakukan kesalahan ditahan antara jam 4.30 petang hingga 5.50 petang.

“Seorang lelaki dan sembilan wanita Indonesia serta enam lelaki dan lima wanita China yang berumur 21 hingga 65 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgu­nakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatka­n di lokap Imigresen, Bangunan Kementeria­n Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik. — Bernama

— Gambar Bernama

DIDAKWA: Patrum didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang semalam kerana cuba menyeludup 23 ekor burung murai batu hidup yang merupakan spesies yang dilindungi melalui pesawat AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.