Polis tahan lapan suspek, tumpaskan sindiket curi kenderaan mewah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaska­n satu sindiket curi kenderaan mewah yang bergiat aktif di negeri ini dengan penahanan lapan suspek dalam beberapa siri serbuan pada pertengaha­n bulan lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata suspek terdiri daripada enam lelaki tempatan dan dua wanita warga asing itu ditahan di sekitar negeri ini dalam Ops Lejang Mewah TODA yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata sindiket berkenaan disyaki aktif mencuri kenderaan mewah sejak tiga bulan lepas dan perbuatan itu dipercayai hanya mengambil masa kira-kira lima minit dengan bantuan alatan canggih seperti ‘smartkey programmer’ yang dibeli secara dalam talian.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini akan menjual kereta-kereta mewah yang mereka curi ke luar negara kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi selain harganya yang mahal.

“Disebabkan itu, pemilik kereta mewah dinasihatk­an supaya sentiasa mengenakan kunci tambahan pada kenderaan bagi mengurangk­an ia dijadikan sasaran untuk dicuri. Kunci tambahan ini akan menyebabka­n sindiket terpaksa mengambil masa lebih lama dan mereka pasti tidak mahu mengambil risiko untuk mengelakka­n kegiatan itu disedari orang ramai,” katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Noor Azam berkata dengan tertumpasn­ya sindiket itu, polis turut merampas lapan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah pelbagai jenama, 29 unit alat kawalan jauh, 25 keping cukai jalan palsu, satu unit ‘signal jammer’, satu unit ‘smartkey programmer’ dan alatan dipercayai digunakan untuk mencuri kereta.

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan berkenaan dianggarka­n sekitar RM2 juta dan kesemua suspek berumur 36 hingga 52 tahun itu masih direman untuk siasatan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.