Kanak-kanak dikhuatiri lemas terjatuh longkang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Teratai, Ampang kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata Mohamad Danish Supri Antony dipercayai hilang dibawa arus deras.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang.

“Kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa bersamasam­a beberapa rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari kelas agama.

Ibu mangsa Noor Fara Wahida Mohd Noor, 34, ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Bukit Teratai semalam hanya menangis dan tidak mampu untuk bercakap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.