KPDNHEP Kajang lupus 10,260 pasang kasut jenama tiruan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

NILAI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kajang, Selangor, semalam melupuskan 10,260 pasang kasut kanak-kanak dan dewasa jenama tiruan bernilai RM103,600.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata barangan itu merupakan hasil rampasan pada 2017 di sebuah gudang simpanan di Cheras, Selangor yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Barangan rampasan yang kita lupuskan hari ini (semalam) adalah dari sebuah gudang di Cheras yang merupakan gudang simpanan kasut tiruan jenama Puma dan Nike untuk dipasarkan di sekitar Kajang dan Lembah Klang.

“Kasut ini jika dijual harganya dianggarka­n RM50 hingga RM100 sepasang,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut Muhamad Zikril berkata ini merupakan pelupusan kali keempat bagi KPDNHEP cawangan Kajang pada tahun ini melibatkan 40 kes keseluruha­nnya.

“Kes adalah dari tahun 2008 hingga 2019 yang telah menerima arahan daripada mahkamah dan pengawal perihal dagangan untuk pelupusan.

“Kesemua pelupusan ini termasuk barangan tiruan kosmetik, kasut, pakaian, barangan elektrik dan jam tangan,” katanya.

Menurut Muhamad Zikril barangan tiruan itu akan berada di pasaran selagi terdapatny­a permintaan yang tinggi, justeru pihaknya akan terus menjalanka­n operasi penguatkua­saan dalam usaha mengekang kegiatan itu. — Bernama

— Gambar Bernama

DILUPUSKAN: Muhamad Zikril (dua kiri) melihat kasut tiruan yang dirampas sebelum dilupuskan pada Program Pelupusan Ekshibit KPDNHEP Cawangan Kajang di Kompleks Penyimpana­n Barang Rampasan KPDNHEP dekat Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.