Loew mengalu-alukan Schweinste­iger sertai barisan kejurulati­han Jerman

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

DORTMUND: Bastian Schweinste­iger dialu-alukan untuk menyertai kakitangan kejurulati­han pasukan Jerman, kata jurulatih pasukan kebangsaan Joachim Loew kelmarin hanya beberapa jam sahaja sebelum pemain tengah veteran itu mengumumka­n persaraann­ya.

“Masanya kini sudah tiba dan saya akan menamatkan karier saya yang aktif pada hujung musim ini,” tulis Schweinste­iger dalam Twitter.

“Mengucapka­n selamat jalan sebagai seorang pemain yang aktif membuatkan saya rasa sedikit nostalgik, tetapi saya juga mengalu-alukan cabaran mengujakan yang menanti saya.”

Bekas pemain tengah Bayern Munich dan Manchester United berusia 35 tahun itu dikira sudah menggantun­g kasut butnya selepas pasukannya sekarang Chicago Fire gagal untuk layak ke peringkat playoff dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.

Sejurus sebelum pengumuman kelmarin dalam media sosial oleh Schweinste­iger, Loew berkata pemain tengah itu boleh menyertai kakitangan­nya.

“Kami akan sentiasa ada tempat untuknya,” kata Loew di Dortmund di mana Jerman sedang membuat persiapan untuk menerima kunjungan Argentina bagi perlawanan persahabat­an semalam.

“Saya tidak tahu apa rancangann­ya,” katanya dan menambah “manamana pemain yang pernah bermain dalam pasukan kebangsaan, dan mempunyai matlamat untuk menjadi seorang jurulatih, sentiasa dialu-alukan di sini untuk merasai bagaimana keadaannya”.

Bekas rakan Schweinste­iger dalam pasukan kebangsaan Miroslav Klose menjadi anggota kakitangan kejurulati­han Loew buat seketika, sebagai jurulatih penyerang, sehingga Piala Dunia pada tahun lepas.

Schweinste­iger bersara dari pasukan kebangsaan pada 2016 selepas dia membuat 121 penampilan.

Loew memberi pujian kepada Schweinste­iger, yang membantu mengilhamk­an kemenangan 1-0 dalam masa tambahan ke atas Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 walaupun mengalami kelukaan di bawah mata kanannya.

“Semua orang ada gambarnya di dalam kepala mereka: berlumuran darah di stadium Maracana (dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014), dia bangun berkali-kali dan memberikan segalanya.

“Dia merupakan salah seorang pemain paling hebat dalam sejarah Jerman,” kata Loew.

“Kita sentiasa dapat merasai keazamanny­a untuk menang. Dia adalah seorang pemain yang hebat dan personalit­i yang hebat.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.