Eddral, Amirdin johan beregu lelaki Kejohanan Badminton Ketua Wanita Keadilan P.182

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

KENINGAU: Gandingan Eddral Atek dan Datu Mohd Amirdin dari Kelab Badminton DJARUM BC Kuala Lumpur muncul sebagai johan beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Ketua Wanita Keadilan P.182 Pensiangan Terbuka Sabah barubaru ini.

Pasangan tersebut menewaskan beregu dari Kelab Badminton WIN BA Kuala Lumppur Affeadrey Atek/Dede Ryan Philip dengan straight set 26-24, 21-16.

Kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari di Gelanggang Badminton Patikang Keningau turut menyaksika­n pemain kebangsaan Mohd Razib Abd Latif dari YS Team Kota Kinabau berentap bagi acara beregu lelaki gabungan umur 80 tahun.

Razib berpasanga­n dengan Sudirman Abas mengalahka­n rakan sekelab gandingan Bakri Burahima/Datu Mohd Amirdin Moksan 21-12, 21-19.

Sementara itu, beregu wanita Novice sekali lagi menyaksika­n kelab badminton YS Team muncul sebagai johan dan naib johan.

Pasangan beregu Natasha Leslie/Tan See Hwa menewaskan beregu Chuah Sin Lui/Vivien Chew 21-19, 21-16.

Bagaimanap­un beregu lelaki gabungan umur 90 tahun Bakri Burahima/ Sudirman Abas dari YS Team kecundang di tangan beregu Abidin Lambo/Roland Balandong dari Kelab Starlight Kota Kinabalu setelah bermain rubber set 21-14, 14-21 dan 21-10.

Manakala beregu lelaki Novice Aguwell Andrew/ Ismail Ariffin dari Kelab TG Group Kota Marudu menewaskan Alphonso (Antenom BC) Tenom dan Wan Fazli (Wakanda) Kota Kinabalu 21-6, 21-14.

Beregu campuran terbuka Tan See Hwa dari YS Team yang berpasanga­n dengan Ling Dai Hou dari Kelab Ace Brio Kota Kinabalu turut menewaskan beregu Affready Atek/Adrina Aysha dari Kelab Legendary Kota Kinabalu 22-20, 21-12.

Rowena George yang berpasanga­n dengan Bedah Dallus dari Kelab LRC Keningau bagi acara beregu wanita gabungan umur 70 tahun turut menjuarai permainan dengan menewaskan pasangan Michele/Nursyahira­h dari Kelab Red Fido Keningau 21-15, 16-21, 21-14.

Pengerusi kejohanan Syed Abdillah S Masdar berkata, seramai 400 pemain yang terdiri daripada 290 lelaki dan 110 wanita mengambil bahagian dalam 10 kategori yang dipertandi­ngkan.

Katanya, sebanyak 89 kelab dari seluruh negara menyertai kejohanan ini yang melibatkan kelab-kelab badminton dari Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Tambunan, Tenom, Papar, Beaufort, Ranau, Labuan, Miri dan Kuala Lumpur.

Katanya, sambutan yang memberangs­angkan ini turut disertai oleh pemain-pemain yang pernah mewakili negeri dan bekas pemain kebangsaan seperti Mohd Razif Abdul Latif.

Katanya, kejohanan yang julung kalinya diadakan di Keningau ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi PSKPPS Badminton Tenom dan Keningau telah dirasmikan oleh Ketua Wanita Keadilan P.182 Pensiangan Datin Rufinah Pengeran.

Beliau yang juga Pengerusi Teknik Badminton Tenom berharap kejohanan seperti ini dapat menarik minat dan bakat-bakat baharu dalam kalangan warga pendidik untuk membangunk­an sukan ini dari peringkat sekolah rendah dan menengah.

Hadiah pemenang kejohanan telah disampaika­n oleh Penasihat Kejohanan Badminton Jinli Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.