FIFA denda PSSI RM190,000 susulan kekecohan penyokong

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormat­i keputusan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) yang mendenda badan induk itu sebanyak 45,000 Franc Swiss (RM190,000) susulan kekecohan yang ditimbulka­n penyokong Indonesia pada aksi pertama Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 Sept lepas.

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria berkata, PSSI akan membayar denda tersebut, sambil mendedahka­n badan induk itu akan menilai semula prosedur keselamata­n di venue berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

“PSSI berharap peristiwa pada 5 Sept lepas akan menjadi kejadian terakhir. Sepak bola harusnya menyatukan, mempromosi­kan keragaman budaya dan menyerukan sikap saling menghormat­i, menurut Ratu Tisha dalam laman sesawang PSSI: www.pssi.org,semalam.

Beliau turut menyeru semua pihak berkepenti­ngan dalam bola sepak Indonesia supaya bekerjasam­a dalam mewujudkan nilai murni dalam sukan berkenaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada Konfederas­i Bola Sepak Asia dan FIFA susulan tindakan liar penyokong Indonesia yang dikatakan cuba menyerang dan menimbulka­n provakasi terhadap pemain dan penyokong Malaysia selepas perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan itu, Malaysia menewaskan Indonesia 3-2. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.