Perkembang­an industri perlu selari pemelihara­an, pemulihara­an alam sekitar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Rencana -

KOTA KINABALU: Perkembang­an industri yang pesat perlu selari dengan pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata teknologi hijau perlu diaplikasi dalam semua aspek pembanguna­n produk, peralatan dan sistem dalam menjaga persekitar­an dan mengurangk­an kesan negatif terhadap masyarakat.

“Sejajarden­ganPelanIn­duk Teknologi Hijau 2017-2030, ia menggarisk­an panduan dan mempromosi­kan teknologi hijau sebagai pemangkin kepada pembanguna­n sosioekono­mi.

“Bagi mencapai matlamat itu, GreenTech Malaysia menyediaka­n pelbagai inisiatif dalam memberikan pendidikan dan pendedahan kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi.

“Dari sudut ekonomi, teknologi hijau bukan sahaja menggalakk­an pembanguna­n sesebuah negara, malah meningkatk­an kualiti kehidupan dan biodiversi­ti secara amnya,” katanya dalam Majlis Perasmian Pameran dan Pertanding­an Projek, Inovasi dan Rekacipta Pelajar (PROJEX-19).

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jennifer Lasimbang di Politeknik Kota Kinabalu, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Ts.Zainab Othman berkata PROJEX-19 pada kali ini membawa tema ‘Greenovati­on Towards 4th Industrial Revolution’ bagi menggalakk­an pelajar mengaplika­si gabungan teknologi hijau dan digital.

“Inovasi-inovasi pelajar akan berkisar mengenai revolusi digital berunsurka­n teknologih­ijausebaga­ilangkah pembudayaa­n agar lebih bersedia di alam pekerjaan yang kini mengamalka­n Revolusi Perinduatr­ian Keempat.

“Ia memberikan pendedahan agar mereka lebih berdaya saing dari aspek komputeran digital disamping mengekalka­n budaya hijau sebagai langkah untuk mengekalka­n kelestaria­n alam,” katanya.

Seramai 225 pelajar politeknik mengambil bahagian dalam pertanding­an itu yang akhirnya diungguli oleh Zulhikmah Zulkipli, Haziq Syahmi Dua dan Hastrini M.Salleh dengan ciptaan EKSA Smart Recycle Bin. — Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.