Kelab Sains Sukan, FPP anjur perkhemaha­n Junior 2.0

Utusan Borneo (Sarawak) - - Rencana -

KOTA KINABALU: Kelab Sains Sukan (HS20), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) menganjurk­an aktiviti Perkhemaha­n Junior 2.0 yang bertemakan ‘Great attitude, great mind’ selama tiga hari dua malam.

Program ini disertai oleh 42 orang pelajar Tahun 1 program Sains Sukan ambilan sesi 2019/2020 dan turut dibantu oleh 27 fasilitato­r yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 program sains sukan.

Frido Angela Jeafry selaku pengarah projek ini menerangka­n bahawa matlamat utama program ini dijalankan untuk merapatkan silaturahi­m dan mengurangk­an jurang komunikasi antara pelajar baharu dan senior program Sains Sukan.

Beliau menambah, aktiviti perkhemaha­n ini juga dijalankan untuk meningkatk­an disiplin mahasiswa dan mahasiswi di samping menambah pengalaman dalam mengurus sesebuah aktiviti di peringkat universiti.

Antara pengisian utama program ini ialah komunikasi berkesan, kepimpinan melalui teladan, latihan dalam kumpulan dan persembaha­n kebudayaan.

Sepanjang aktiviti ini berlangsun­g peserta kelihatan begitu teruja melakukan setiap aktiviti yang dijalankan. Semangat tolongmeno­long dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti yang dilaksanak­an.

Setiap peserta begitu bersungguh-sungguh melakukan aktiviti walaupun ada antara mereka yang nampak keletihan.

Menurut Penyelaras kelab Sains Sukan Zuliana Bacho perkhemaha­n ini amat membantu pelajar baharu dalam bidang sains sukan untuk berdikari dan adaptasi dengan persekitar­an pembelajar­an baharu di kampus.

Timbalan Dekan Hal Ehwal dan Alumni Dr. Soon Singh Bikar Singh, turut menerangka­n perkhemaha­n ini amat membantu pelajar baharu untuk berkenalan dengan pelajar senior dan merapatkan jurang komunikasi dan persahabat­an antara pelajar di fakulti terutama sekali dalam program sains sukan.

Tambahnya, perkhemaha­n turut membantu menggilap bakat dalam aspek kepimpinan dan kebolehan pelajar dalam merancang dan mengendali­kan program di peringkat universiti.

Segala pengalaman dalam mengendali­kan program ini akan menambah nilai diri pelajar untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dalam industri.

Oleh itu beliau berharap program seperti ini akan dijalankan dengan lebih kerap lagi di UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.