Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA UNSUR JENAYAH DALAM KES KEMATIAN WARGA EMAS DI KROKOP

-

Polis menolak sebarang kemungkina­n terdapatny­a unsur jenayah terhadap penemuan mayat seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di Krokop Lorong 7 di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, ini berdasarka­n siasatan awal setelah pemeriksaa­n di kawasan sekitar dan rumah dibuat oleh polis.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang pecah atau lubang pada dinding rumah tersebut serta semua pintu dan tingkap bilik ditutup dan dikunci dari dalam.

“Semua barang si mati juga dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut manakala isteri dan anaknya tinggal di Semenanjun­g dan telah dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Miri bagi menjalani proses bedah siasat.

Sementara itu, mayat mangsa dikenali sebagai Lim Chai Hock, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas lantai bilik tidur rumah tersebut oleh anggota bomba dan polis.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu sekitar jam 10.11 pagi memaklumka­n terhidu bau busuk dari rumah tersebut.

Menurut Jurucakap PGO JBPM Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan terbabit.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati pintu pagar rumah berkenaan berkunci dan kemudianny­a bertindak memotong kunci berkenaan untuk masuk ke kawasan rumah.

“Apabila berjaya memasuki rumah tersebut didapati satu mayat lelaki telah dijumpai dalam sebuah bilik tidur dalam keadaan tertiarap di atas lantai,” katanya.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian membuat kerja-kerja pengecaman dan siasatan.

Pihak bomba seterusnya mengangkat serta memasukkan mangsa ke dalam beg mayat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? PERIKSA: Polis dan bomba berada di rumah tersebut bagi menyiasat bau
busuk yang dikatakan pengadu.
PERIKSA: Polis dan bomba berada di rumah tersebut bagi menyiasat bau busuk yang dikatakan pengadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia