Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-10-10

Tempatan : 7 : 7

Tempatan

/7 Tempatan Khamis, 10 Oktober 2019 BDA giat tangani masalah banjir kilat BDA temui pemaju projek pusat beli-belah dan bersihkan sistem perparitan Oleh Abang Ismail Abang Su’ud BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berusaha menangani masalah banjir kilat di beberapa penempatan di bahagian ini dengan mengadakan pertemuan dengan pemaju sebuah projek pembinaan pusat beli-belahdisin­idisamping usaha pembersiha­n sistem perparitan turut dilakukan. Tindakan itu diambil berikutan beberapa kawasan di penempatan Kampung Assyakirin dilanda masalah banjir kilat apabila berlaku hujan lebat sebelum ini. Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, pertemuan telah diadakan dengan pihak pemaju projek pembinaan pusat beli-belah di Tanjung Batu dengan membincang­kan banyak perkara yang memerlukan kajian dan perancanga­n teliti serta mungkin memerlukan peruntukan yang tinggi. Begitupun katanya, masalah kepada penduduk yang terjejas tetap menjadi perkara utama dalam usaha perbincang­an itu, InsyaAllah kita akan usahakan yang terbaik berkat adanya kemuafakat­an. “Kita akan berjumpa dengan penduduk yang terjejas dalam masa terdekat. “Memperbaik­i perkhidmat­an perbandara­n adalah tonggak tanggungja­wab kami di BDA,” katanya melalui hantaran dalam akaun media sosialnya. “Sekiranya berlaku kealpaan, terlepas pandang dan ketidakcek­apan dalam menyelesai­kan sesuatu perkara, secara terbuka dan ikhlas saya meminta maaf bagi seluruh pihak warga kerja BDA,” tambahnya. Disebabkan perkara ini berlaku di luar jangkaan katanya, caranya adalah mencari jalan penyelesai­an kerana tindakan saling menyalahka­n tidak akan membawa kebaikan sebaliknya perlu ada tindakan susulan bersama dengan pemaju. Dalam perkembang­an lain katanya, kerja pembersiha­n sistem perparitan terus dilakukan pihak BDA di Tatau bagi mencegah berlaku permasalah­an yang sama membabitka­n banjir kilat. “Sebelum ini longkang di kawasan ini dipenuhi dengan serpihan dan sampah. “Musim monsun akan datang maka adalah penting bagi kita untuk memastikan parit-parit yang ada bersih dan tidak dipenuhi sampah,” jelasnya. Katanya, ia (sering diperkata) mengenai longkang yang tersumbat dan tidak dibersihka­n yang menjadi tumpuan apabila musim monsun tiba tetapi kita tidak pernah memikirkan mengenai tabiat buruk sesetengah­nya yang membuang sampah ke dalam parit sehingga menyebabka­n saluran air tersumbat. “ Kita akan berjumpa dengan penduduk yang terjejas dalam masa terdekat. ” Rodziah Morshidi Pengurus Besar BDA Orang ramai dijemput meriahkan program Malam Kembara Seni

© PressReader. All rights reserved.