Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Turki bebas dua wartawan terkenal

Selepas dipenjara tiga tahun atas tuduhan terlibat dalam cubaan rampasan kuasa 2016

-

ISTANBUL: Sebuah mahkamah Turki kelmarin mengarahka­n pembebasan di bawah pengawasan terhadap dua wartawan terkenal yang dipenjarak­an kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa yang gagal pada 2016 di negara ini.

Ahmet Altan dan Nazli Ilicak meninggalk­an penjara pada petang kelmarin di mana mereka telah menjalani hukuman masing-masingnya selama 10 tahun enam bulan dan lapan tahun sembilan bulan kerana “membantu sebuah kumpulan pengganas”, lapor agensi berita rasmi Anadolu.

Mereka diarah untuk dibebaskan bagi tempoh hukuman yang telah dijalani – kira-kira tiga tahun setiap seorang. Kedua-duanya turut diarah tidak meninggalk­an negara.

Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas pimpinan ulama Islam Fethullah Gulen yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), dituduh oleh Ankara sebagai mengarahka­n rampasan kuasa yang gagal menyasarka­n Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Altan dan Ilicak, keduaduany­a merupakan intelektua­l yang disegani di Turki, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2018, namun mahkamah tinggi rayuan jenayah menolak keputusan itu pada Julai tahun ini.

Mahkamah Kasasi berkata mereka tidak sepatutnya dibicaraka­n bagi cubaan rampasan kuasa, tetapi sebaliknya bagi tuduhan “membantu sebuah kumpulan pengganas”, yang membawa kepada tempoh hukuman penjara yang lebih singkat.

Erdogan menuduh bekas sekutu yang menjadi musuh Gulen mengarahka­n cubaan rampasan kuasa itu dan menyenarai­kan penglibata­nnya sebagai sebuah organisasi “pengganas”.

Gulen telah menafikan sepenuhnya sebarang penglibata­n dalam rancangan rampasan kuasa yang gagal.

Altan, 69, adalah seorang novelis dan wartawan yang mengasaska­n akhbar pembangkan­g Taraf, yang telah ditutup.

Adik lelakinya, wartawan Mehmet Altan, telah dibebaskan oleh mahkamah kelmarin selepas dibebaskan pada tahun lepas.

Ilicak, 74, merupakan seorang bekas ahli parlimen yang menulis bagi akhbar utama termasuk Hurriyet.

Ahmet Altan dan Ilicak telah menafikan sebarang penglibata­n dalam rampasan kuasa yang gagal, mengecam tuduhan sebegitu sebagai “keterlalua­n”.

Mereka telah dituduh menghantar “mesej bawah sedar” bahawa pengguling­an kerajaan adalah pasti akan berlaku semasa satu panel yang disiarkan di televisyen dihoskan oleh Ilicak.

Semasa pembebasan­nya, dikeliling­i oleh ahli keluarga dan penyokong yang gembira, Altan memberitah­u wartawan bahawa “sejak awal lagi, tiada apa-apa. Tidak ada bukti. Bagaimana jenayah sebegitu boleh berlaku dan kenapa saya mahu melakukan perkara sebegitu?”.

Sebelum itu semasa perbicaraa­n mahkamah Altan telah bersikap tenang, menurut media Turki, menyatakan: “Sekiranya kamu mahu terus menahan saya di dalam penjara, tahanlah selama mana yang kamu mahu. Saya tidak gentar.”

“Saya lebih suka menghabisk­an separuh hidup saya di dalam penjara berbanding dengan berserah kepada ketakutan,” tambahnya.

Altan dan Ilicak ditangkap semasa satu tindakan beramai-ramai terhadap wartawan yang menyusuli cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Altan telah menulis sebuah buku mengenai masa beliau di dalam penjara yang bertajuk “I Will Never See the World Again”.

Turki berada di tangga ke-157 daripada 180 negara dalam indeks Kebebasan Media Sedunia 2019 yang dikeluarka­n oleh Reporters Without Borders. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Yasin Akgul/AFP ?? GEMBIRA: Nazli Ilicak disambut dengan pelukan oleh ahli keluarga yang gembira selepas pembebasan­nya dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin.
— Gambar Yasin Akgul/AFP GEMBIRA: Nazli Ilicak disambut dengan pelukan oleh ahli keluarga yang gembira selepas pembebasan­nya dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin.
 ?? — Gambar Bulent Kilic/AFP ?? BEBAS: Ahmet Altan memeluk ahli keluargany­a selepas dibebaskan dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin.
— Gambar Bulent Kilic/AFP BEBAS: Ahmet Altan memeluk ahli keluargany­a selepas dibebaskan dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia