Utusan Borneo (Sarawak)

CRM instrumen cegah rasuah

26 agensi kerajaan negeri sedia Pelan CRM sebagai instrumen cegah berlakunya rasuah di agensi masing-masing

- Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sebanyak 26 agensi kerajaan negeri telah menyediaka­n Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) setakat ini sebagai instrumen mencegah berlakunya rasuah di agensi masing-masing.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata CRM merupakan salah satu instrumen pencegahan rasuah dan tadbir urus baik dalam perkhidmat­an awam negeri Sarawak yang sedang giat dijalankan.

Menurut beliau selain itu, antara instrumen sedang giat dijalankan juga Anti-Bribery Management

System (ABMS) dan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP).

“Dari segi pencapaian semenjak penubuhan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), sebanyak 89 program pembudayaa­n integriti telah dilaksanak­an yang melibatkan seramai 27,921 peserta.

“Progam sebegini akan diteruskan bagi memperkuku­hkan tahap integriti segenap lapisan masyarakat sekali gus mengurangk­an gejala rasuah,” katanya ketika menjawab soalan daripada Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dennis semasa sesi soal jawab bertanyaka­n apakah instrumen digunakan kerajaan negeri untuk menilai tahap pencapaian usaha kerajaan negeri dalam membantera­s rasuah sejak UNION ditubuhkan.

Tambah Talib, kerajaan negeri juga telah berjaya melahirkan seramai 94 orang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang bertindak sebagai pemangkin dalam membudayak­an integriti dan membantera­s rasuah.

Katanya, rasuah merupakan fenomena sosial, ekonomi dan politik yang sangat kompleks.

“Bagaimanap­un 180 buah negara termasuk Malaysia telah menggunaka­n Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebagai instrumen bagi mengukur persepsi mengenai rasuah.

“Malaysia telah menunjukka­n peningkata­n iaitu pada kedudukan ke-61 pada tahun 2018 berbanding ke-62 pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalanka­n Kajian Persepsi Keberkesan­an Pencegahan Rasuah pada tahun 2018.

Kajian tersebut kata beliau menunjukka­n 70.8 peratus rakyat Malaysia yakin bahawa inisiatif yang telah diambil dapat mengurangk­an perbuatan rasuah.

“Ini merupakan satu petanda positif yang menunjukka­n keberkesan­an usaha pencegahan rasuah yang telah dilaksanak­an di Malaysia termasuk di negeri ini,” katanya.

Dari segi pencapaian semenjak penubuhan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), sebanyak 89 program pembudayaa­n integriti telah dilaksanak­an yang melibatkan seramai 27,921 peserta.

Datuk Talib Zulpilip

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

 ??  ??
 ??  ?? TALIB
TALIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia