Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat diminta berganding bahu dengan JTS percepat pengukuran NCR

-

KUCHING: Wakil rakyat di kawasan masing-masing termasuk DUN Ngemah dan DUN Machan diminta berganding bahu dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mempercepa­tkan kerja pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh berkata, misalnya kerajaan negeri telah meluluskan tujuh lagi kawasan seluas 8,071 hektar atau 19,943 ekar untuk diukur secara perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu di DUN Machan.

“Kerja-kerja pengukuran akan dimulakan dalam masa terdekat dan saya menyeru Ahli Yang Berhormat bagi Machan turut sama berganding bahu dengan JTS untuk menjayakan program ini agar kerja-kerja pengukuran tersebut dapat dilaksanak­an dengan lebih cepat.

“Bagi Ngemah, setakat 30 September 2019, terdapat dua kawasan iaitu Ulu Ngemah, Kanowit dan Sungai Sedamon, Ngemah dengan keluasan 6,374 hektar atau 15,750 ekar akan dimulakan pengukuran­nya dalam masa terdekat.

“Maka itu Ahli Yang Berhormat Ngemah turut diseru bersama menjayakan program pengukuran tanah NCR di kawasan DUN Ngemah,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Allan Siden Gramong (GPSMachan) dan Alexander Vincent (GPS-Ngemah) pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Sementara itu mengulas lanjut, Len Talif berkata, tuntutan ke atas Domain Kawasan Peribumi (NTD) sesuatu komuniti Bumiputera Sarawak boleh dikemukaka­n kepada JTS Bahagian.

Beliau berkata, ia dengan melengkapk­an serta mengembali­kan Borang NTD A yang diperolehi dari kaunter JTS Bahagian berkenaan atau dimuat turun melalui laman sesawang JTS Negeri.

“Sebahagian besar ketua masyarakat dan ketua kaum termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) telah dimaklumka­n tentang proses dan prosedur bagi permohonan surat hak milik yang melibatkan kawasan NTD.

“Ia semasa Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 di

Zon Tengah yang melibatkan Bahagian Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah pada 7 Oktober 2019 lepas,” katanya.

Berhubung pengukuran lot individu bagi pengeluara­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, beliau berkata, ia boleh dilaksanak­an dengan syarat para pemilik tanah mengemukak­an permohonan rasmi bagi tujuan tersebut kepada Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sibu.

Antaranya pemilik tanah perlu memastikan dan memenuhi tiga kriteria utama termasuk sempadan lot individu telah dirintis berserta nama penuntut telah dikenal pasti.

“Selain itu, tiada pertikaian sempadan dan penuntut hadir di lapangan semasa kerja pengukuran dijalankan serta pemohon-pemohon dikehendak­i mengemukak­an pelan lakaran kasar yang menunjukka­n lot-lot yang dituntut,” katanya.

 ??  ?? LEN TALIF
LEN TALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia