Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada negara akan dapat manfaat daripada perang perdaganga­n: Pakar perdaganga­n

-

KUALA LUMPUR: Tiada negara akan mendapat manfaat daripada perang perdaganga­n, kata pakar perdaganga­n.

Pengerusi Bersama Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) Datuk Ramesh Kodammal berkata setiap kali berlaku perang perdaganga­n, perniagaan akan terjejas teruk dan akhirnya ini diterjemah­kan kepada orang ramai.

“Pertikaian perdaganga­n seumpama itu tidak akan memberi manfaat kaepada mana-mana negara, sama ada yang memulakan perang, atau pihak lain yang terlibat secara tidak langsung.

“Komuniti perniagaan perlu bersikap berkecuali dalam isu ini dan sebaliknya perlu beri tumpuan untuk mengembang­kan perniagaan mereka,” katanya kepada Bernama semasa mengulas isu yang sedang berlaku antara Malaysia dan India berhubung minyak sawit.

Persatuan perniagaan India telah menggesa pengimport negara itu untuk tidak mengimport minyak sawit daripada Malaysia, mengambil isyarat daripada bantahan New Delhi terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik Kashmir, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ramesh turut menasihati persatuan peniagaan di Malaysia untuk tidak terburubur­u dalam mengeluark­an kenyataan yang akan memburukka­n lagi isu minyak sawit dan memberi ruang kepada kerajaan kedua-dua negara menyelesai­kan perkara itu secara baik.

Beliau berkata ini kerana kerajaan India masih belum mengeluark­an sebarang kenyataan rasmi berhubung pembelian minyak sawit daripada Malaysia.

“Malaysia dan India telah menjalin hubungan baik sejak berabad lamanya. Serahkan kepada kedua-dua kerajaan untuk menyelesai­kan isu minyak sawit secara baik. Kami daripada persatuan perniagaan berpendapa­t perdaganga­n antara India dan Malaysia perlu berjalan seperti biasa dengan sebarang masalah yang timbul dalam perjalanan itu akan diselesaik­an.

“Sesiapa pun tidak boleh bersikap terburu-buru dan memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Ramesh berkata Malaysia perlu mencari kaedah untuk mengimbang­i perdaganga­n dengan India, iaitu dengan mengimport­pelbagaiba­rangan lain daripada republik itu.

India, pengimport minyak sayuran terbesar di dunia, bergantung kepada Indonesia dan Malaysia untuk bekalan minyak sawitnya. Malaysia mengekspor­t minyak sawit bernilai AS$1.65 bilion (RM6.9 bilion) ke India pada 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia