Utusan Borneo (Sarawak)

38 individu ditahan dalam operasi AADK

Operasi sejak 29 Oktober periksa 56 individu di Kota Samarahan hingga ke Simunjan

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya menahan 38 individu termasuk tujuh remaja kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Jurucakapn­ya berkata, operasi yang dimulakan pada 29 Oktober lalu hingga kelmarin berjaya memeriksa 56 individu di sekitar kawasan Kota Samarahan hingga ke Simunjan.

Bagaimanap­un, hanya 38 daripada jumlah tersebut yang didapati positif dadah berusia lingkungan 13 hingga 46 tahun.

“Seorang daripada suspek ditahan di Kampung Pinang dan hasil pemeriksaa­n turut menemui dadah jenis syabu dan kes telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Manakala 37 lagi suspek juga terdiri daripada lelaki tempatan ditahan selepas hasil saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kes melibatkan 37 suspek disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan seorang lagi suspek yang didapati memiliki syabu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“AADK akan terus giat menjalanka­n operasi penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dan penagihan dadah khususnya, di samping bekerjasam­a dengan jabatan dan rakan strategik yang lain.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgu­naan dan penagihan dadah boleh disalurkan terus kepada AADK,” ujarnya.

Seorang daripada suspek ditahan di Kampung Pinang dan hasil pemeriksaa­n turut menemui dadah jenis syabu dan kes telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Jurucakap AADK

 ??  ?? DISIASAT: Suspek yang ditahan kerana positif dadah.
DISIASAT: Suspek yang ditahan kerana positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia