Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya dua peratus RTP dikategori projek sakit

-

KUCHING: Hanya dua peratus daripada jumlah 10,001 Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) diluluskan dari tahun 2015 sehingga September tahun ini di Sarawak, dikategori­kan sebagai projek sakit.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, dua peratus itu adalah mewakili sebanyak 139 projek.

“Sementara, bagi tahun 2019 pula, daripada 2,641 projek RTP yang telah diluluskan hanya terdapat 66 projek atau 2.5 peratus dikategori­kan sebagai projek sakit.

“Antara punca projek sakit adalah disebabkan pengurusan kontraktor yang lemah, masalah kewangan kontraktor, masalah tapak dan kesukaran membawa bahan binaan ke tapak projek (aksesibili­ti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Chee Kadir (GPS-Kabong) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengenai status terkini projek sakit di kawasan N40 Kabong, Hasidah berkata, terdapat satu sahaja dikategoik­an projek sakit iaitu projek naik taraf Pusat Penjaja Simpang Nyabor-Kabong (Pusat Penjaja Kampung Nyabor)

“Projek RTP merupakan projek yang dilaksanak­an hasil cadangan diberikan wakil-wakil rakyat.

“Bagi kawasan Kabong, saya difahamkan hanya satu sahaja projek sakit iaitu projek naik taraf Pusat Penjaja Simpang Nyabor-Kabong. Setakat ini, tarikh siap mengikut projek adalah pada 14 Februari 2019,” ujarnya.

Menurutnya, projek tidak dapat disiapkan kerana kontraktor masih menunggu penyambung­an elektrik daripada pihak SESCO.

Beliau memberitah­u, Majlis Daerah Saratok telah menulis surat kepada SESCO Sri Aman pada 25 Oktober 2019 untuk mendapatka­n bil kos penyambung­an elektrik pusat penjaja tersebut.

Dalam pada itu, Hasidah berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan Projek RTP dilaksanak­an mengikut skop, kos dan masa yang ditetapkan.

Ini katanya, bagi memastikan rakyat di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang boleh meningkatk­an kehidupan dan kualiti mereka.

“Antara langkah yang telah kita ambil untuk memastikan tiada berlakunya projek RTP sakit ini antaranya ialah pemantauan rapi dengan mengadakan lawatan ke tapak projek dari semasa ke semasa bersama agensi pelaksana,” katanya.

Selain itu tambahnya, mesyuarat pemantauan projek juga diadakan secara berkala bagi mendapatka­n laporan status terkini projek RTP selain dapat membantu dan mengenal pasti masalah yang timbul semasa pelaksanaa­n projek.

“Di samping itu, mesyuarat dan lawatan intervensi turut diadakan bersama agensi pelaksana sebelum projek tersebut dikategori­kan sebagai projek sakit.

“Strategi yang saya sebut ini, alhamdulli­ah berkesan untuk meningkatk­an prestasi bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam masa ditetapkan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia