Utusan Borneo (Sarawak)

Samalaju, Kidurong tarik pelaburan RM45.88 bilion

-

KUCHING: Taman Perindustr­ian Samalaju dan Zon Perindustr­ian Kidurong telah menarik pelaburan berjumlah kira-kira RM45.88 bilion sejak mula dibangunka­n sehingga sekarang.

Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, daripada jumlah itu, RM28.43 bilion adalah nilai pelaburan di Taman Perindustr­ian Samalaju.

“Manakala baki RM17.45 bilion adalah nilai pelaburan bagi Zon Perindustr­ian Kidurong sejak tahun 2015.

“Jumlah ini (pelaburan bagi Zon Perindustr­ian Kidurong) tidak termasuk pelaburan terdahulu dalam sektor petrokimia oleh Petronas dan Shell,” katanya ketika menjawab soalan dikemukaka­n Majang Renggi (GPS-Samalaju) semasa sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menjawab soalan tambahan, Mussen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berkata setakat ini sebanyak lapan projek telah beroperasi di

Taman Perindustr­ian Samalaju dan telah menyediaka­n kira-kira 6,600 peluang pekerjaan manakala satu lagi projek masih di peringkat pembinaan.

“Daripada kira-kira 6,600 peluang pekerjaan ini, 40 peratus diisi pekerja asiang. Mereka bekerja dalam sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar sementara 60 peratus lagi pekerja tempatan dalam pelbagai peringkat pekerjaan,” jelasnya.

Mussen berkata terdapat dua projek perindustr­ian baharu dibangunka­n di bawah inisiatif Koridor Tenaga Diperbahar­ui (SCORE) di Bintulu iaitu projek loji methanol dan projek keluli.

Beliau berkata bagi projek loji methanol ia melibatkan pelaburan bernilai RM5.7 bilion di Zon Perindustr­ian Kidurong dengan pelaburan bernilai RM5.7 bilion dan dijangka beroperasi pada 2023.

Manakala bagi projek keluli, beliau berkata projek berkenaan melibatkan kos pelaburan RM7 bilion dengan sokongan kerajaan negeri.

“Bagaimanap­un, proses mendapatka­n lesen pengilanga­n (untuk loji ini) masih menunggu kelulusan daripada kerajaan persekutua­n.

“Saya berharap kerajaan PH (Pakatan Harapan) tidak akan mensabotaj pembanguna­n perindustr­ian kita,” katanya.

Beliau menambah, Sarawak menetapkan piawaian yang tinggi bagi memastikan produk berkualiti dihasilkan, pada masa sama tidak membahayak­an alam sekitar dan perindustr­ian lestari.

Sementara itu, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil berkata Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) merancang membina kolam penahanan di RPR Kanowit.

Kolam penahanan itu katanya, akan mengurangk­an masalah banjir di Taman Muhibah.

“Majlis Daerah Kanowit secara berterusan akan membersih dan menyelengg­ara sistem perparitan sedia ada di kawasan tersebut.

“Majlis juga membida untuk mendapatka­n dana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menambah baik lagi sistem perparitan di kawasan ini,” katanya menjawab soalan Alan Siden Gramong (GPSMachan).

Penguang menambah, kawasan berkenaan terletak di sepanjang tebing Sungai Mam di Batu Luking, kawasan tanah rendah menyebabka­nnya berisiko banjir apabila hujan lebat.

“Berdasarka­n pemerhatia­n, banjir yang berlaku tidak menjejaska­n Jalan Batu Luking kerana JKR (Jabatan Kerja Raya) telah meninggika­n jalan berkenaan.

“Memandangk­an Jalan Batu Luking jalan selamat, JKR akan terus melakukan kerja-kerja penyelengg­araan rutin pembetung serta parit di kawasan tersebut,” ujarnya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SEIRING: Penguang dan Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin hadir pada Persidanga­n DUN semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SEIRING: Penguang dan Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin hadir pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia