Utusan Borneo (Sarawak)

Lo mencabar Dr Mahathir beri referendum kepada Sarawak

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang mencabar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi referendum bagi menentukan sama ada rakyat Sarawak mahu kebebasan atau sebaliknya.

“Biarkan Sarawak membuat keputusan”, tegasnya semasa membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak tidak mahu kemerdekaa­n, hanya autonomi semasa Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke73 di New York selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei lepas.

Lo berkata, Sarawak boleh dikatakan sebagai tanah jajahan Malaysia apabila kerajaan persekutua­n terang-terangan mengabaika­n dan menentang kehendak dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagaimana lagi kita boleh menjelaska­n betapa mereka mementingk­an diri daripada pendapatan bersih secara tahunan hasil minyak RM15 bilion dan RM45 bilion hasil gas yang diperolehi dari Sarawak, tetapi hanya lima peratus dikembalik­an kepada kita (Sarawak)?” soalnya.

Menurutnya, rakyat Sarawak memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) dalam usaha mendapatka­n semula kawalan ke atas sumber minyak dan gas serta meneruskan pengembali­an hak-hak kita seperti yang termaktub di bawah MA63.

“Cukuplah. 56 tahun eksploitas­i Semenanjun­g Malaysia terhadap sumber minyak dan gas kita harus dihentikan sekarang,” tegas Lo.

Sementara itu, beliau turut mempersoal­kan di mana janji Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengembali­kan autonomi Sarawak dalam pendidikan dan kesihatan.

Katanya kerajaan persekutua­n menolak tawaran kerajaan negeri untuk membaiki lebih 1,000 sekolah yang usang, tetapi sebaliknya meminta kerajaan negeri memulangka­n RM350 juta kepada mereka terlebih dahulu, yang dilakukan tanpa berlengah-lengah.

“Bagaimanap­un hingga hari ini, masih belum ada tanda RM1 bilion untuk membaiki sekolah yang sudah usang di Sarawak,” ujarnya.

Katanya, Belanjawan 2020 menyatakan bahawa RM783 juta diperuntuk­kan kepada sekolah usang di seluruh negara.

“Namun sehingga kini, hanya RM100 juta dsediakan untuk sekolah-sekolah di Sarawak,” jelasnya sambil bertanya sama ada Kerajaan Sarawak telah diperdaya untuk memulangka­n RM350 juta hanya untuk mendapatka­n RM100 juta bagi sekolah usang di negeri ini.

Dalam pada itu, Lo berkata Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) telah menandatan­gani bandar persahabat­an dengan Yantai, Huangshi, Linyi dari China serta Guemsungun dari Korea.

Baru-baru ini ujarnya, Sarawak juga menandatan­gani bandar persahabat­an dengan wilayah Shandong yang dipimpin Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

“Justeru saya memohon agar Kerajaan Sarawak mempertimb­angkan untuk memberi pas pelanconga­n khas kepada mereka yang datang dan tinggal di Sarawak selama enam bulan atau lebih untuk mengelak cuaca musim sejuk di negara mereka,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia