Utusan Borneo (Sarawak)

56 pengedar edar dadah kepada pelajar sekolah telah diambil tindakan

-

KUCHING: Seramai 56 pengedar dadah yang dikesan mengedar kepada pelajar sekolah di Sarawak telah berjaya diambil tindakan.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia hasil usaha menerusi prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Bagi menangani masalah penyalahgu­naan dadah di kalangan pelajar sekolah di Sarawak, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), juga telah membangunk­an satu SOP yang diluluskan pada 10 Januari 2019.

“Sejak SOP berkenaan diluluskan sehingga Oktober 2019, seramai 56 pengedar dadah yang dikesan mengedar dadah kepada pelajar sekolah telah berjaya diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316),” katanya ketika menjawab soalan Datuk Idris Buang (GPS-Muara Tuang) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Harden berkata, JSJN juga telah merangka satu Pelan Strategik Sekolah Bebas Dadah Sarawak.

Beliau memberitah­u, komponen yang terkandung dalam pelan berkenaan termasuk mengenal pasti pelajar yang berisiko terjebak dengan penyalahgu­naan dadah, mengenal pasti persekitar­an kehidupan pelajar berkenaan, mengenal pasti jaringan pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah serta melaksana pendekatan pemulihan yang bersesuaia­n ke atas pelajar yang terjebak.

“Pada tahun 2018, sebanyak 16 sekolah yang mempunyai bilangan pelajar positif urin yang tinggi telah dikenal pasti,” katanya.

Mengulas lanjut, Harden berkata bilangan pelajar yang positif urin di sekolah menengah di negeri ini mencatat penurunan setakat Oktober tahun ini berbanding tahun 2018.

Katanya, ia berdasarka­n laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui pelaksanaa­n Program Operasi/Intervensi Bersepadu Menangani Isu Penyalahgu­naan Dadah dan Substance (OBID).

“Pada tahun ini, sebanyak 3,649 pelajar diuji daripada 182 sekolah menengah di Sarawak dan 274 pelajar didapati positif.

“Berbanding tahun 2018, sebanyak 2,967 orang pelajar yang diuji daripada 160 sekolah menengah dan 301 pelajar didapati positif,” katanya sambil memberitah­u, ia menunjukka­n bahawa usaha intervensi yang dijalankan setakat ini sudah mula membuahkan hasil.

Tambah Harden, bagi mengatasi masalah penyalahgu­naan dadah di sekolahsek­olah, seorang Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah ditempatka­n di setiap Pejabat Pendidikan Daerah.

Katanya, mereka bertanggun­gjawab membantu menyelaras program-program pendidikan pencegahan dadah di sekolah seliaan masing-masing.

“Untuk makluman, sekolah menengah di Sarawak juga menjalanka­n ujian air kencing untuk megenal pasti pelajar yang terjebak dengan penyalahgu­naan dadah dan pemeriksaa­n dijalankan dua kali setahun oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

 ??  ?? HARDEN
HARDEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia