Utusan Borneo (Sarawak)

Kewujudan MPKKP di Sarawak disifatkan menyalahi semangat MA63

-

KUCHING: Kerajaan diminta mempertimb­angkan dua cadangan alternatif bagi menyelesai­kan masalah Dewan Suarah Sarikei, bagi menampung keperluan penduduk di kawasan berkenaan.

Dato Sri Huang Tiong Sii (GPS-Repok) berkata, Dewan Suarah Sarikei sedia ada iaitu di Jalan Nyelong telah dibina sejak 31 tahun lalu, tidak dapat lagi menampung keperluan penduduk Sarikei terutama semasa penganjura­n pelbagai acara keramaian.

“Maka itu saya mencadangk­an dua alternatif untuk penyelesai­an iaitu pertama, menaik taraf bangunan dewan suarah sedia ada dengan membina bangunan tambahan.

“Naik taraf juga harus mengambil kira tempat letak kereta bertingkat bagi menyelesai­kan isu ruang tempat letak kereta yang sangat terhad,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Huang berkata keduanya, kerajaan mungkin boleh mempertimb­ang membina dewan suarah baharu di tapak lain iaitu di seberang Sungai Nyelong.

Katanya dewan suarah baharu itu akan mempunyai fungsi serba guna dan mampu menampung keperluan masyarakat di Sarikei.

Menurutnya dengan ketiadaan stadium tertutup juga menyukarka­n masyarakat menganjurk­an pelbagai acara seperti sukan, riadah dan perhimpuna­n yang besar, lebihlebih lagi apabila melibatkan penganjura­n majlis tonggak negeri.

Dengan yang terbaharu adalah semasa Majlis Jamuan Teh Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019, ujarnya.

“Daripada aspek sukan, Sarikei juga telah banyak menyumbang dalam melahirkan jaguh-jaguh sukan di peringkat umur.

“Lazimnya Sarikei selalu juga dipilih menjadi tuan rumah untuk berbagai jenis acara sukan… namun demikian isu kekurangan prasarana akan menjadi cabaran utama apabila menjadi penganjur,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau memohon agar dapat dibina sebuah Stadium Tertutup Bersepadu dengan taman atau tapak rekreasi di Sarikei dapat diluluskan kelak.

KUCHING: Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-Jemoreng) menyifatka­n kewujudan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP) di Sarawak adalah menyalahi semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau malahan kewujudan MPKKP itu juga dianggap tidak sah atau haram.

“Bila Kerajaan Sarawak bagi bajet RM100 juta untuk perkasakan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), mereka (kerajaan Pakatan Harapan) menyatakan bagus MPKKP wujud.

“Mereka fikir JKKK yang sedia wujud tanpa perundanga­n yang sah. MPKKP wujud di bawah undang-undang apa? MPKKP menyalahi semangat MA63… ini majlis haram,” katanya ketika membahaska­n Belanjawan Negeri 2020 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Juanda berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) lupa tugas JKKK bukan mainmain misalnya, tuai rumah dan ketua kaum bukan hanya urusan rumah panjang dan orang kampung.

Malahan mereka juga katanya, turut menguruska­n adat istiadat kaum, pengesahan perkahwina­n, urusan kematian dan sebagainya di rumah panjang serta kampung.

“Nanti bila wujud MPKKP apakah ia juga akan sahkan adat istiadat dan perkahwina­n? Ini jelas mahu pecah belahkan rakyat Sarawak.

“Kalau alasan mahu salurkan khidmat persekutua­n, apa tidak cukupkah pegawai persekutua­n sedia ada di sini? apakah mereka yang sedia ada ini tidak ada fungsi dan tidak ada kerja?” soalnya.

Menurut beliau lagi, dahulu PH menyatakan jika mereka menjadi kerajaan persekutua­n, hak-hak Sarawak akan dikembalik­an tanpa perlu merayu tetapi sekarang semuanya tiada.

Apabila Sarawak mahu melaksanak­an cukai jualan, mahu kutip cukai daripada Petronas dan sebagainya, PH merendah-rendahkan serta memperleke­hkan usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Mereka menuduh kerajaan GPS membuat bajet angan-angan sebab Petronas belum membayar cukai jualan 2019 dan jika mereka jujur kenapa mereka tidak bercakap dengan Menteri Kewangan mereka yang merupakan ketua mereka sendiri untuk mengarahka­n Petronas membayar cukai jualan,” tegas Juanda.

 ??  ?? HUANG
HUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia