Utusan Borneo (Sarawak)

Pencawang baharu di Serudit, Betong sedang dibina

-

KUCHING: Kerajaan menerusi Sarawak Energy Berhad kini sedang membina pencawang baharu di Serudit, Betong sebagai punca utama bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Liwan Lagang berkata, pencawang baharu itu sekali gus akan mengatasi masalah terputus bekalan yang dialami di daerah Betong serta kawasan sekitarnya seperti Engkilili, Spaoh dan Debak.

“Pencawang baharu ini dijadualka­n siap pada suku kedua tahun 2020 dan ia menelan kos yang tinggi iaitu hampir RM100 juta.

“Ia menjadi pencawang stesen penghantar­an pada voltan tinggi iaitu 275,000 voltan atau 275 kilowatt,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Razi Sitam (GPS-Saribas) pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambahnya, pencawang berkenaan mempunyai enam punca keluar (outgoing feeders) untuk mengagihka­n bekalan elektrik ke Betong, Ulu Layar, Spaoh dan Debak.

Beliau berkata berbanding dengan satu punca keluar sahaja sebelum ini iaitu dari pencawang di Engkilili yang merupakan punca bekalan utama bagi kawasan-kawasan tersebut pada masa ini.

Menurut Liwan, selain itu Sarawak Energy juga sedang membina satu pencawang 33/11kV di Jalan Jungkong, Betong.

Katanya kerja-kerja penyusunan semula kabel sedang giat dijalankan dan dijangka sipa pada Januari 2020.

“Apabila siapnya kerjakerja penyusunan semula kabel ini, kebolehper­cayaan bekalan elektrik di kawasan pekan Betong akan dapat dipertingk­atkan.

“Pencawang di Jungkong ini juga akan menjadi punca bekalan untuk kawasan Tanjung Assam, Lidong dan Maktab Rendah Sains MARA, yang mana punca bekalan elektrik pada masa ini juga dari Engkilili,” katanya.

Bekalan elektrik pada masa ini kata Liwan, disalurkan melalui talian yang panjang dari pencawang di Engkilili, yang menyebabka­n talian tersebut terdedah kepada faktor gangguan luaran.

Beliau berkata, ia termasuk ribut petir serta angin kencang yang menyebabka­n pokok tumbang, haiwan serta rempuhan terhadap tiang elektrik di tepi jalan raya akibat kemalangan kenderaan.

Tambahnya, gangguan yang berlaku di mana-mana bahagian talian di sepanjang laluan berkenaan akan menjejaska­n bekalan elektrik di kawasan Betong, Spaoh dan Debak.

“Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga telah menyebabka­n beberapa insiden yang merosakkan peralatan dan talian elektrik di sepanjang kawasan projek.

“Selain itu, gangguan berjadual adalah diperlukan untuk kerja-kerja memindahka­n tiang-tiang sedia ada dalam laluan pelaksanaa­n Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.

Pada 2019 sahaja, kata beliau sebanyak 10 gangguan berjadual telah dilaksanak­an, iaitu 78 peratus daripada keseluruha­n gangguan berjadual di kawasan ini.

 ??  ?? LIWAN
LIWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia