Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n hak milik tanah lalui beberapa proses

Ia termasuk pengesahan maklumat daripada SALCRA bagi yang terlibat dalam Skim SALCRA: Len

-

KUCHING: Pengeluara­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri yang terlibat dalam Skim Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) perlu melalui beberapa prosesterm­asukpenges­ahan maklumat daripada pihak lembaga terbabit.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan

Sumber Asli Datu Len Talif Salleh berkata, antara proses lain yang perlu dilalui ialah pengukuran di lapangan, penerimaan rasmi tuntutan, pameran jadual tuntutan dan proses penyediaan surat hak milik tanah.

“Proses pengeluara­n surat hak milik tanah perlu dilakukan secara teliti kerana ia melibatkan ‘indefeasib­ility of title’ di mana Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bertanggun­gjawab memastikan integriti setiap surat hak milik tanah yang dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ranum Mina (PSBOpar) tentang kenapa berlakunya kelewatan pengeluara­n geran tanah kepada peserta yang terlibat dengan skim tanaman kelapa sawit oleh SALCRA terutama di Skim Sebako, Lundu yang hampir memasuki tempoh tanaman semula kelapa sawit pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Len berkata, sebanyak 1,153 lot telah diukur dengan 702 daripadany­a telah dikeluarka­n dengan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Skim SALCRA Sebako.

“Manakala bakinya iaitu sebanyak 451 lot, pengeluara­n surat hak milik tanah kini dalam proses dimuktamad­kan,” katanya.

Bagi mempercepa­tkan urusan pengeluara­n surat hak milik tanah di skimskim SALCRA katanya, JTS dan lembaga terbabit telah mengenal pasti mekanisme bersesuaia­n untuk memastikan pengeluara­n surat hak milik tanah dapat dilaksanak­an dengan teratur.

Mengenai baki kawasan yang masih belum diukur lot individu dalam kawasan Skim SALCRA Sebako dan bila pelaksanaa­nnya, Len berkata, berdasarka­n rekod JTS setakat 30 September tahun ini, sebanyak 218 lot pertanian belum diukur dalam skim terbabit dan ia dijangka akan mula diukur dalam tempoh terdekat.

“JTS dan SALCRA akan mewujudkan pasukan ukur khas bagi memastikan kerjakerja pengukuran dapat dilaksanak­an dengan segera,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menegaskan mana-mana surat hak milik tanah yang dikeluarka­n di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah

Negeri dalam Skim SALCRA akan dikenakan sekatan ‘no dealing’ untuk tempoh 10 tahun dari tarikh surat hak milik tanah didaftar.

“Sebarang permohonan untuk urus niaga seperti memindah milik dan mencagar tanah tersebut perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Tanah dan Survei Sarawak dan tiada bantahan daripada pihak SALCRA,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia