Utusan Borneo (Sarawak)

Speaker arah sebahagian ucapan Violet dipadam dari hansard DUN

-

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengarahka­n agar sebahagian ucapan perbahasan Belanjawan Negeri 2020 ADUN Pending Violet Yong tidak dimuatkan dalam hansard Persidanga­n Dewan.

Beliau meminta Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom berbuat demikian apabila mendapati Violet melakukan serangan terhadap reputasi dan integriti Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkaitan kepentinga­n Ahli Lembaga Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Saya tidak mengatakan seluruh ucapan, hanya bahagian yang berbaur serangan reputasi dan integriti serta berniat tidak baik terhadap karektor Ketua Menteri, begitu juga Penasihat Guaman Negeri Datuk JC Fong dan anak perempuann­ya. Mereka tidak berada di dalam Dewan ini untuk mempertaha­nkan diri.

“Di bawah Perintah Tetap (DUN) 20 (2) (M), Perintah Tetap 30(6) dibaca bersama Perintah Tetap 86, saya mengarahka­n Setiausaha DUNmemadam­kanbahagia­n ucapan yang melanggar perintah-perintah tetap ini,” katanya semalam.

Mohd Asfia berkata sebarang pertuduhan atau niat menyerang reputasi atau integriti seseorang harus dilakukan dengan fakta serta asas kukuh.

Violet ketika mempertaha­nkan diri berkata: “Saya tidak berniat jahat. Apa yang saya katakan adalah berdasarka­n fakta, yang boleh diperoleh daripada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), pemegang-pemegang taruh dan bursa saham.

“Anda (Speaker) membuat keputusan ini hanya kerana saya menyentuh Ketua Menteri dan Majlis

Perundanga­n Negeri. Ini tidak adil. Saya hanya menyentuh kepentinga­n dalam perjanjian dan kontrak Petronas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia