Utusan Borneo (Sarawak)

Ali dicabar buktikan dakwaannya inisiatif penyukatan perimeter tanah NCR cubaan kerajaan rampas tanah rakyat

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ali Biju (PHKrian) dicabar untuk mengemukak­an bukti terhadap dakwaannya sebelum ini bahawa inisiatif penyukatan perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri adalah cubaan kerajaan merampas tanah rakyat.

Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-Jemoreng) pada sidang media bersama wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) lain menegaskan, kenyataan Ahli Parlimen Saratok itu juga disifatkan sebagai dakwaan jahat.

“Beliau (Ali) sepatutnya menyemak dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) atau kerajaan negeri mengenai perkara ini dan setakat ini tiada sebarang rekod berdasarka­n tanah yang disukat di bawah Seksyen 6, diambil alih semula oleh kerajaan.

“Kalau dakwaan beliau benar sila kemukakan bukti dan kami mencabar beliau untuk membukti dan menyenarai­kannya,” katanya pada sidang media di DUN di sini, semalam.

Hadir sama pada sidang media, Gerald Rentap Jabu (GPS-Layar), Christophe­r Gira Sambang (GPS-Tamin), Jefferson Jamit Unyat (GPSBukit Goram), Miro Simuh (GPS-Serembu), Chukpai Ugon (GPS-Murum) dan Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang.

Juanda berkata, tindakan Ali itu adalah menipu rakyat sedangkan usaha kerajaan menyukat Seksyen 6 adalah untuk memastikan tanahtanah yang dituntut rakyat dapat ditanda lebih awal dan kemudian diselesaik­an secara individu menerusi Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Beliau menegaskan penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 18 tidak dapat dilakukan tanpa penyukatan Seksyen 6 terlebih dahulu.

“Ini kerana komuniti rumah panjang adalah ramai dan perlu ditanda kawasan besar terlebih dahulu yang kemudian nanti selepas semua bersetuju, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n

Kampung (JKKK) akan menentukan bahagian individu untuk disukat di bawah Seksyen 18...itu adalah undangunda­ngnya.

“Tanpa Seksyen 6, kita tidak tahu berapa besar hak milik tanah yang dimiliki oleh sesuatu komuniti itu,” tegasnya.

Namun kini, wakil rakyat PH cuba mengeliruk­an rakyat dan seolah-olah menggalakk­an mereka membiarkan tanah tidak disukat.

“Maka itu kami mencabar Yang Berhormat Krian untuk menunjukka­n bahawa beliau bukan menipu rakyat dan buktikan,” katanya.

Sebelum ini, Ali menyatakan bahawa Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri adalah ‘usaha’ Kerajaan Sarawak untuk membuka jalan bagi mereka menjadikan tanah NCR milik mereka (kerajaan negeri).

Ali berkata, Pakatan Harapan Sarawak mempersoal­kan mekanisme Seksyen 6 yang digunakan mengawal hak milik tanah komunal.

 ??  ?? TUNJUKKAN BUKTI: Juanda (duduk tengah) bersama Rentap (duduk kiri) serta Gira (duduk kanan) dan (belakang dari kiri) Tiang, Jefferson, Miro dan Chukpai mengadakan sidang media di Kuching, semalam.
TUNJUKKAN BUKTI: Juanda (duduk tengah) bersama Rentap (duduk kiri) serta Gira (duduk kanan) dan (belakang dari kiri) Tiang, Jefferson, Miro dan Chukpai mengadakan sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia