Utusan Borneo (Sarawak)

DAP sokong usaha ambil tindakan undang-undang terhadap Petronas

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mengisytih­arkan sokonganny­a kepada usaha kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas jika syarikat itu masih enggan menjelaska­n cukai jualan lima peratus produk-produk petroleum kepada Sarawak.

Violet Yong (PH-Pending) menyatakan perkara itu ketika ditanya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar adakah beliau dan ahli Dewan daripada DAP mengisytih­arkan sokongan mereka terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang ke atas Petronas jika masih ingkar.

“Saya menanti saat-saat ini. Sekarang ia sudah tiba. Saya dan bagi pihak parti saya, DAP kami menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri Sarawak mengambil tindakan (undang-undang) ke atas Petronas untuk menuntut semula cukai jualan lima peratus produk-produk petroleum.

“Ya, (saya mengisytih­arkan sokongan saya),” katanya sebagai menjawab Asfia semasa beliau membentang­kan usul persendiri­an meminta kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang (menyaman) Petronas jika syarikat itu masih ingkar membayar cukai jualan produk Petroleum kepada Sarawak pada Persidanga­n DUN, semalam.

Bagaimanap­un usul berkenaan ditolak DUN kerana menurut Asfia perkara itu telah dinyatakan dengan jelas oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa membentang­kan Belanjawan Negeri 2020 , bacaan kedua pada Isnin (4 November 2019).

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) dalam ucapan Belanjawan 2020, saya memetik beliau sebagai berkata ‘Di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998, Petronas secara sah diwajibkan membayar Cukai Jualan dan kegagalan berbuat demikian sama seperti melanggar undangunda­ng.

“Kata Ketua Menteri lagi ‘Sehubungan itu, Sarawak telah mengeluark­an Notis Taksiran kepada Petronas memaklumka­n mereka untuk membuat pembayaran sewajarnya, jika gagal Sarawak akan mengambil tindakan undang-undang’,” kata Asfia.

Beliau menambah, usul persendiri­an daripada Violet bertarikh pada 25 Oktober 2019, mesyuarat DUN bermula 4 November 2019.

Menurutnya antara tarikh 25 Oktober hingga 3 November 2019, selama sembilan hari kerana 4 November tidak diambil kira sebagai 10 hari.

“Dalam masa pengkomput­eran untuk mana-mana enakmen, tempoh masa dari bermulanya perkara berlaku atau sebarang tindakan hendaklah disifatkan sebagai tidak eksklusif pada hari kejadian itu berlaku.

“Usul ini juga melanggar Perintah Tetap 23 (1), iaitu kecuali seperti diperuntuk­an dalam perintah tetap ini, notis tidak kurang daripada 10 hari harus diberikan untuk mana-mana usul melainkan satu, atas nama ‘menteri’ atau kuasa speaker dipersetuj­ui secara bertulis.

“Usul ini ditolak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia