Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy tandatanga­ni MoU dengan Bank Islam dan SJPP

-

KUCHING: Sarawak Energy baru-baru ini telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Bank Islam dan sebuah agensi milik penuh Kementeria­n Kewangan iaitu Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Ia diadakan untuk menyediaka­n penyelesai­an pembiayaan bagi kontraktor tempatan di bawah Sarawak Energy dan Program Pembiayaan Vendor.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lu Yew Hung menandatan­gani MoU bagi pihak Sarawak Energy manakala Bank Islam diwakili Ketua Perbankan Komersil Ahmad Haliman Abdul Halim. SJPP pula diwakili Pengurus Besarnya Azlan Mohd Agel.

MoU antara tiga entiti ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan kewangan kontraktor tempatan dengan menyediaka­n akses yang lebih baik kepada kemudahan pembiayaan.

Sokongan kewangan daripada Bank Islam akan meningkatk­an modal kerja kontraktor selain meningkatk­an aliran tunai agar mereka layak mengambil bahagian dalam pemeroleha­n projek pembanguna­n infrastruk­tur Sarawak Energy.

Kerjasama ini akan memanfaatk­an Skim Jaminan Kerajaan SJPP yang memberi jaminan kredit kepada kontraktor yang layak dan memerlukan penyelesai­an alternatif untuk memenuhi keperluan cagaran.

“Dengan kemudahan yang ada untuk mengurangk­an beban kewangan mereka, lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan mendapat peluang untuk mengendali­kan tender projek besar-besaran,” kata Lu semasa menandatan­gani perjanjian tersebut semalam.

Beliau juga menambah bahawa kedudukan kewangan kukuh kontraktor adalah satu daripada faktor pertimbang­an penting semasa penilaian pemeroleha­n.

“Sejak pelancaran kemudahan kewangan dua bulan lalu, dua kontraktor kami telah diberikan kemudahan itu,” ujar beliau.

Ketua Perbankan Komersial Bank Islam Ahmad Haliman Abdul Halim turut mengakui pentingnya kerjasama berkenaan.

Menurut beliau, Bank Islam bangga apabila dapat bekerjasam­a dengan Sarawak Energy dan SJPP untuk menyediaka­n penyelesai­an pembiayaan inovatif untuk membantu kontraktor dalam memenuhi tempoh penghantar­an projek mereka.

“Dalam menyokong Program Pembiayaan Vendor Sarawak Energy, Bank Islam telah memperuntu­kkan RM300 juta di bawah program ini.

“Ia untuk membantu vendor dengan kontrak kecil mendapatka­n akses kepada pembiayaan dan seterusnya akan membantu mereka melaksanak­an projek-projek yang dianugerah­kan Sarawak Energy atau subsidiari­nya mengikut jadual,” tambah Ahmad.

Bank Islam dan SJPP juga meluahkan rasa gembira kerana dapat membantu SME dalam pembiayaan dan cagaran mereka, selain menyokong inisiatif Sarawak Energy untuk menggalakk­an lebih banyak penyertaan tempatan dalam kontrak utiliti dan aktiviti perolehan bersepadu.

Turut hadir Ketua Wilayah Bank Islam Malaysia Timur Abdul Malek Abdullah, Pengurus Besar SJPP Juanita Rusmini Abdul Jalil manakala Sarawak Energy diwakili Naib Presiden Kanan Untuk Kontrak dan Perolehan Sulaiman Abdul Hamid, Pengurus Besar Untuk Undang-Undang Stephanie Gae Chin dan ahli pengurusan kanan lain.

 ??  ?? TERMETERAI: Lu (hadapan, dua kiri) menandatan­gani MoU dengan Ahmad Haliman (hadapan, tengah) dan Azlan (hadapan, dua kanan).
TERMETERAI: Lu (hadapan, dua kiri) menandatan­gani MoU dengan Ahmad Haliman (hadapan, tengah) dan Azlan (hadapan, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia