Utusan Borneo (Sarawak)

SSLR bukan pengganti Pan Borneo: Baru

-

LAWAS: Projek SarawakSab­ah Link Road (SSLR) bernilai RM5.2 bilion menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei bukan menggantik­an Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Dua yang diumumkan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Dua menghubung­kan Miri, Brunei hingga ke Limbang dan Lawas ditangguhk­an dan akan diteruskan pembinaann­ya jika ekonomi negara kembali pulih.

Beliau berkata, Sarawak memang sudah mempunyai laluan yang masih dalam keadaan baik menghubung­kan Miri hingga ke Limbang dan Lawas.

“Keadaan laluan sedia ada dari Miri, Brunei hingga ke Limbang dan Lawas masih bagus dan saya juga selalu menggunaka­n dan mengembara melalui jalan ini.

“SSLR bukan menggantik­an Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Dua, sebaliknya ia ditangguhk­an dan akan diteruskan bila ekonomi negara kembali pulih,” katanya kepada media pada sidang media Pelancaran Projek SSLR hujung Jalan Long Sebangang/Bukit Berikau di sini, kelmarin.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan ADUN Ba’Kelalan berkata kerjakerja penyelengg­araan jalan bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini juga diteruskan hingga ke Limbang dan Lawas.

Beliau juga mahu rakyat negeri ini mengemukak­an sebarang aduan kepada pihaknya berhubung kerosakan yang dihadapi di laluan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

Dalam pada itu katanya, Limbang memerlukan akses lain bagi mengelak bandar itu menjadi ‘bandar hantu’ apabila Projek Jambatan Temburong di Brunei siap tidak lama lagi.

Oleh itu beliau memberitah­u, laluan susur yang dibangunka­n dari Hulu Limbang

ke Nanga Medamit menghubung­kan Limbang merupakan akses lain yang menghubung­kan bandar ini.

“Saya tidak fikir ramai orang sedar ini kerana jalan susur yang kita bangunkan dari Hulu Limbang ke Nanga Medamit yang menghubung­kan Limbang akan menjadi akses pada masa depan,” katanya.

Menurutnya dengan adanya jalan susur ini nanti beliau berkata, Limbang akan dapat dibangunka­n dari segi ekopelanco­ngan dan agropelanc­ongan kerana mempunyai Taman Negara Gunung Buda yang terletak dekat dengan Nanga Medamit yang akan menarik pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia