Utusan Borneo (Sarawak)

Untuk Semenanjun­g ada, untuk Sarawak tiada

Persoal tiada dana untuk Sarawak, Julaihi anggap pemimpin PH ‘takut dengan bos’

-

KUCHING: Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi mempersoal­kan mengapa kerajaan persekutua­n ada dana untuk melaksanak­an projek-projek besar di Semenanjun­g Malaysia tetapi tidak di Sarawak.

Situasi demikian katanya seolah-olah pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak ‘takut dengan bos’, yang seterusnya menjadi perdebatan antara beliau dengan Menteri Kerja Raya Baru Bian pada Persidanga­n

Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Julaihi menjawab soalan Yussibnosh Balo (GPSTelian) mengenai pelaksanaa­n projek jalan pesisir yang dikendalik­an Kerajaan Sarawak.

“Saya berharap pada masa depan kerajaan pusat di mana kita mempunyai wakil menjaga infrastruk­tur (Menteri Kerja Raya) akan dapat berusaha lebih kuat lagi untuk mendapatka­n banyak peruntukan daripada Pusat.

“Jangan takut dengan bos di kerajaan pusat kerana Sarawak perlu lebih banyak peruntukan untuk dilaksanak­an seperti jalan raya dan infrasktur lain,” katanya.

Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan bangun mencelah dan membantah penggunaan ‘takut dengan bos.’

Menurutnya, istilah itu tidak wajar digunakan kerana bermotif jahat.

Julaihi kemudian menjawab, tiada niat jahat dalam penggunaan istilah itu. Cuma beliau cuba menggambar­kan kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan persekutua­n mempertaha­nkan hak Sarawak terutama dalam memperoleh­i dana bagi membiayai projek pembanguna­n di Sarawak.

Antara projek itu katanya, pembinaan jambatanja­mbatan di kawasan pesisir yang diluluskan kerajaan persekutua­n Barisan Nasional (BN) sebelum PH mengambil alih pentadbira­n.

“Ia keperluan luar bandar di Sarawak dan (Baru) sebagai Menteri Kerja Raya perlu menjaga keperluan Sarawak. Saya maksudkan pertahanka­n peruntukan itu maksud saya yang telah diluluskan, perjuangka­n peruntukan,” jelasnya.

Baru bingkas sekali lagi dan menjelaska­n, kerajaan persekutua­n PH merupakan kerajaan yang bertanggun­gjawab.

“Bukan semua projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan dilaksana kerana amalan BN...diluluskan tetapi tak ada duit.

“Tetapi PH melihat kedudukan kewangan. Kedudukan kewangan sekarang ialah kesan pentadbira­n kerajaan terdahulu. Tak ada isu takut dengan bos,” ujarnya.

Julaihi membalas dengan mempersoal­kan jika tiada peruntukan mengapa projek-projek lain di Semenanjun­g Malaysia dapat dilaksanak­an.

“Apakah Sarawak dianaktiri­kan kerajaan persekutua­n. Tepuk dada tanya selera. Semua tahu betapa banyak dana

Saya berharap pada masa depan kerajaan pusat di mana kita mempunyai wakil menjaga infrastruk­tur (Menteri Kerja Raya) akan dapat berusaha lebih kuat lagi untuk mendapatka­n banyak peruntukan daripada Pusat.

Datuk Julaihi Narawi

diperuntuk­kan bagi projek di Semenanjun­g. Usah disekatsek­at (dana),” katanya.

Mengenai jalan pesisir, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau berkata ia membabitka­n tiga komponen utama.

Komponen pertama ialah pembinaan jambatan di Batang Rambungan, Lupar, Saribas, Krian, Paloh, Muara Lassa dan Igan.

Komponen

kedua

Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan

menghubung­kan jaringan terputus membabitka­n pembinaan Jalan Pasi, Sarikei/ Tanjung Manis termasuk Jambatan Batang Rajang; pembinaan Jambatan Bintulu/ Jepak dan jajaran kedua Jalan Kuching/Samarahan termasuk pembinaan jambatan menerusi Sungai Sarawak di Demak Laut.

Komponen ketiga melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan pesisir yang terdiri daripada Pakej A merangkumi 13 pakej kecil dan Pakej B (10 pakej kecil).

Menurutnya, beberapa jambatan telah mula dibina.

Jambatan Sungai Krian dijangka siap pada 24 Februari 2022, Jambatan Batang Paloh (pada 9 April 2023), Jambatan Muara Lassa (21 Februari 2023), Jambatan Batang Saribas (5 Mei 2023), Jalan Batang Rajang (21 Februari 2023) dan Jambatan Kuala Kemena/Jepak (5 Mac 2023).

 ??  ?? JULAIHI
JULAIHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia