Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan ‘takut dengan bos’, cuma kedudukan kewangan tidak mengizinka­n: Baru

-

KUCHING: Kedudukan kewangan tidak mengizinka­n menyebabka­n projek pembinaanb­eberapajam­batan di laluan pesisir Sarawak tidak dapat dibiayai kerajaan persekutua­n.

Menteri Kerja Raya Baru Bian yang berkata demikian menambah, sebagai kerajaan bertanggun­gjawab mereka tidak mahu meneruskan amalan Barisan Nasional (BN) yang sekadar meluluskan projek.

“Saya rasa jawapan yang lebih tepat ialah kekurangan dana dan ia diwarisi daripada kerajaan BN. Amalan mereka cuma meluluskan (projek) tanpa melihat terhadap kedudukan kewangan.

“Apabila kita mengambil alih pentadbira­n kerajaan persekutua­n kita lihat kedudukan kewangan dan ia amat teruk dan kita enggan menjadikan­nya lebih buruk,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Menjelaska­n lanjut, Baru berkata sebagai kerajaan bertanggun­gjawab kerajaan persekutua­n perlu berbelanja dengan betul kerana rakyat mengamanah­kan mereka untuk menguruska­n dana untuk semua.

“Kita tidak dapat sekadar meluluskan projek kerana hanya ingin popular, itu amalan kerajaan tidak bertanggun­gjawab. Memang saya ingin membawa dan melaksanak­an projek di Sarawak.

“Selagi saya jadi Menteri Kerja Raya saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa projek bukan sahaja infrastruk­tur tetapi (isu lain) di luar bandar seperti sekolah daif dan jalan di luar bandar,” tegasnya.

Menurutnya beliau sangat kecewa apabila dikatakan ‘takut dengan bos’.

“Kami tidak takut dengan bos. Sebagai anggota kabinet atau Ahli Parlimen, kita berbincang sesuatu isu secara terbuka dan tidak lihat pada satu perkara,” jelasnya.

Adalah tidak adil untuk mendakwa wakil rakyat PH tidak berjuang untuk hak dan kepentinga­n Sarawak, katanya.

Peruntukan khas untuk Sarawak katanya meningkat berbanding sebelum ini.

“Jangan memperkeci­lkan peruntukan diberikan kepada Sarawak. Ini hanya permulaan dan akan terus (memperbaik­inya),” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia