Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan Sarawak 2020 berorienta­sikan rakyat: Henry

-

LAWAS: Belanjawan Negeri 2020dibent­angKetuaMe­nteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg baru-baru ini merupakan belanjawan berorienta­sikan rakyat.

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, belanjawan berkenaan mampu membawa Sarawak ke landasan yang tepat untuk menjadi negeri maju dan meningkatk­an pendapatan rakyat.

Beliau berkata, penyertaan rakyat penting untuk merebut peluang dan ruang yang bakal terhasil daripada projek serta dasar yang akan dilaksanak­an kerajaan Sarawak.

“Inilah bajet yang memenuhi aspirasi rakyat, sekitar 63 peratus peruntukan adalah untuk rakyat meliputi segala aspek dan seluruh pelosok Sarawak,” katanya kepada media di sini, semalam.

Henry berkata, sudah tiba masanya rakyat Sarawak membuktika­n kesetiaan dan sayangnya mereka kepada negeri ini.

“Berteraska­n bajet untuk rakyat Sarawak, rakyat

Sarawak perlu menolak terus segala rayuan dan janji manis pihak luar yang ingin berkuasa di bumi Sarawak,” jelasnya.

Beliau juga mahu semua pihak terlibat khususnya agensi dan jabatan pelaksana di peringkat negeri memberi sepenuh komitmen menjayakan usaha murni itu.

“Paling utama ialah mengelak berlaku ketirisan dan kelewatan setiap projek yang diumumkan.

“Ini penting kerana rakyat hari ini amat peka dengan usaha kerajaan yang dilaksana setiap jabatan atau agensi kerajaan,” katanya.

Melalui belanjawan sama katanya, peruntukan besar berjumlah RM100 juta juga disediakan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) sekali gus membuktika­n kerajaan serius membangun dan mendengar keperluan rakyat di pedalaman.

Justeru menurutnya, tiada keperluan untuk menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP) yang sekadar menjadi ejen persekutua­n di Sarawak.

Henry optimis kepimpinan Abang Johari dan pasukannya mampu merealisas­ikan belanjawan itu melalui sokongan padu rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) sekali gus memastikan Sarawak terus ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia