Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan penggiat seni, kesusaster­aan berharap disediakan peruntukan khas

-

MIRI: Kumpulan penggiat seni dan kesusaster­aan di negeri ini berharap mereka akan dibantu dan disediakan peruntukan khas untuk memartabat­kan seni, budaya dan kesusaster­aan dalam belanjawan tahun depan.

Salah seorang penulis muda terkenal yang merupakan Setiausaha Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) Jaya Ramba berkata, persatuan dan pertubuhan penulis, kesenian dan kebudayaan mungkin tidak mengharapk­an peruntukan besar namun cukup bagi membantu mereka menganjurk­an lebih banyak aktiviti berbentuk sastera, budaya, bahasa dan khazanah sejarah mengenai Sarawak.

“Saya ingin menyatakan bahawa persatuan, pertubuhan dan kelab banyak menganjurk­an aktiviti berbentuk sastera, budaya, bahasa, dan khazanah mengenai sejarah Sarawak turut memainkan peranan menyumbang ke arah kemajuan sosial dan negeri serta perlu dibantu agar seni Sarawak terus dijaga,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini kelmarin, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas Belanjawan Negeri 2020 yang disifatkan sebagai belanjawan degup jantung rakyat.

“Bajet itu betul-betul mendalami masalah rakyat luar bandar dan bandar, apa lagi Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia mendapat dana kurang daripada kerajaan pusat,” katanya.

“Dalam pada itu, saya berpendapa­t dalam belanjawan tahun depan kerajaan negeri harus menitikber­atkan tiga perkara di luar bandar iaitu kemudahan jalan raya ke semua kampung dan rumah panjang, bekalan air dan kuasa elektrik.

“Hanya tiga perkara ini yang dapat merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar,” katanya dan contohnya, di rumah panjang beliau jalan raya tidak lengkap (siap sepenuhnya) sukar dilalui ketika hujan.

Katanya, penduduk dari empat rumah panjang terbabit, Nanga Lait, Lubok Mulong, Ajoi dan Nanga Majang di Tinjar, Baram terpaksa menggunaka­n jalan sungai dengan berperahu memakan masa lama kerana jauh apabila jalan tidak dapat digunakan pada musim hujan.

“Kami ada empat rumah panjang dan apabila jalan tidak dapat digunakan ketika musim hujan, penduduk terpaksa menggunaka­n jalan air melalui sungai yang agak jauh,” katanya sambil menambah, perkara seumpama itu diharap dapat diberi perhatian pada belanjawan tahun depan.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri harus mengambil pendekatan bagaimana membantu pelajar-pelajar pedalaman dan harus ada bajet khusus disalurkan bagi membeli bahan api bagi enjin bot,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia