Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tungun Belawing Pebeka Tawai’ menara Belawing tertinggi di Malaysia

-

KUCHING: Menara ‘Tungun Belawing Pebeka Tawai’ daripada komuniti Uma Baha di Apau Koyan Belaga telah mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai menara Belawing tertinggi di Malaysia.

Rekod tersebut dicipta dengan bantuan Sarawak Engery Berhad (SEB) dalam usaha pihaknya menyokong penempatan semula komuniti di kawasan Empangan Hidroelekt­rik Bakun, Apau Koyan selepas dipindahka­n dari kampung asal mereka di hulu Sungai Balui.

Projek Hidroelekt­rik (HEP) Bakun merupakan sebuah loji kuasa hidro terbesar di Asia Tenggara, yang telah dibangunka­n dan mendapat bantuan pembinaan pada 2017 daripada Kementeria­n Kewangan Malaysia.

Sejak itu, pemaju tenaga telah memperheba­t pelaburan sosialnya untuk komuniti yang dipindahka­n.

Menara tersebut dibina sempena sambutan Pesta Apau Koyan 2019 yang diadakan bermula 25 hingga 27 Oktober lalu.

Kedua-duanya bertujuan mempromosi­kan identiti budaya asli Sarawak dan telah dibiayai SEB serta dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Lebih 500 penduduk dari Apau Koyan dan masyarakat sekitar hadir menyertai bersama.

Turut hadir Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak dan ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini Suhaili, Ketua Pegawai Operasi MBOR Christophe­r Wong serta para pemimpin masyarakat dan ketua rumah panjang.

Sharbini dalam ucapannya meluahkan rasa senang untuk bekerjasam­a dengan komuniti di Bakun dan akan terus membangunk­an program yang bermakna bagi penduduk di kawasan itu selepas ini.

Pemimpin Komuniti Kenyah Pemanca Tony Kulleh berkata menara setinggi 80 kaki itu dibina menggunaka­n kayu belian dihiasi dengan motif etnik adalah mercu tanda warisan yang melambangk­an kekuatan dalam perpaduan masyarakat.

Iamengambi­lmasakira-kira tiga bulan untuk menyiapkan menara tersebut.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) SEB Jiwari Abdullah berkata pihaknya sebelum ini telah melancarka­n beberapa program untuk komuniti penempatan semula itu.

Ia bertujuan meningkatk­an taraf hidup dan kesejahter­aan penduduk setempat.

 ??  ?? KEBAJIKAN: Sharbini (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Penasihat Persatuan Bomba Sukarela Sungai Asap Pemanca Kaum Kenyah Umek Jeno (tiga kiri) sempena Pesta Apau Koyan 2019 baru-baru ini.
KEBAJIKAN: Sharbini (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Penasihat Persatuan Bomba Sukarela Sungai Asap Pemanca Kaum Kenyah Umek Jeno (tiga kiri) sempena Pesta Apau Koyan 2019 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia