Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan Negeri 2020 disifatkan menyeluruh

-

SIBU: Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai menyambut baik pengumuman cadangan Belanjawan Negeri 2020 berjumlah RM9.891 bilion.

Katanya, belanjawan yang dibentangk­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu menyeluruh kerana hampir setiap golongan rakyat negeri ini mendapat manfaat daripadany­a.

Sempurai berkata, peruntukan sebanyak RM6.597 untuk pembanguna­n jelas menunjukka­n bahawa kerajaan peka dan mengambil berat dalam soal pembanguna­n negeri ini.

“Secara peribadi saya berharap belanjawan dapat mencapai pembanguna­n yang seimbang di antara bandar dan luar bandar, sambil memberi impak yang hebat, dengan menyokong pertumbuha­n ekonomi.

“Dan sebagai negeri yang membangun, penting untuk kita mengutamak­an pembanguna­n di kawasan luar bandar, selain merapatkan jurang pembanguna­n yang wujud di antara bandar dan luar bandar,” katanya semasa dihubungi.

Sempurai yang juga pengerusi PRS Cawangan Dudong berkata peruntukan belanjawan tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan terhadap pelaksanaa­n program-program dan projek-projek di kawasan luar bandar, seterusnya mempercepa­tkan transforma­si pembanguna­n luar bandar.

Ujar beliau, usaha ini akan membuka peluang yang lebih besar untuk pembanguna­n di kawasan luar bandar dan memberi manfaat kepada komunitiny­a.

Sementara itu, Presiden Sarawak Workers Party (SWP) Munan Laja berpendapa­t belanjawan yang dibentangk­an baik dan menyeluruh sekiranya ia dibelanjak­an dengan betul.

Jelas beliau, belanjawan kali ini mampu memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

“Punbegitu,selaindari­pada menunggu hasil belanjawan ini, kita juga boleh memberi cadangan dan juga menegur kerana wang tersebut adalah wang rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Munan berharap sektor pertanian di negeri ini terus diperkukuh­kan lagi di mana agensi-agensi berkenaan harus membantu golongan petani yang benar-benar berpotensi.

Katanya, selain mengelakka­n berlakunya ketirisan, agensi berkenaan harus memastikan bantuan yang diberi kepada petani dapat menjadikan mereka lebih berdaya saing sekali gus meningkatk­an ekonomi negeri.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI
 ??  ?? MUNAN
MUNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia