Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n sulung RBA ke Sarawak

Royal Brunei Airlines dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei singgah di LTB

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Penerbanga­n sulung pesawat Royal Brunei Airlines (RBA) dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei, Bandar Seri Begawan ke Sarawak di Lapangan Terbang Bintulu (LTB) semalam, telah membuka lembaran baru buat kedua-dua negara dalam industri penerbanga­n antarabang­sa.

Penerbanga­n pertama pesawat RBA ini yang membawa seramai 30 penumpang termasuk dua juruterban­g, empat kru dan para pengamal media Brunei telah mendarat di di LTB pada jam 8.25 malam kelmarin.

Pendaratan pertama pesawat RBA ini yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan (Digital dan Pemasaran), James Millett disambut oleh Pegawai Daerah Bintulu, Muhammad Dino Amid berserta kakitangan LTB dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB).

Berucap dalam acara sambutan yang diadakan bertempat di Bilik Menunggu Khas

Orang Kenamaan atau VIP Room LTB, Muhammad Dino berharap penerbanga­n terus Brunei-Bintulu ini akan menggiatka­n lagi usaha memajukan industri pelanconga­n di antara kedua-dua negara.

“Melalui penerbanga­n lima kali seminggu ini dilihat mampu mempromosi­kan Bintulu sebagai sebuah lagi destinasi pelanconga­n buat warga Brunei selain Miri, begitu juga memudahkan warganegar­a dari keduadua negara berurusan dalam pelbagai sektor, sekali gus mengembang­kan lagi pelbagai jalinan kerjasama yang menguntung­kan kedua-dua belah pihak, “ujarnya.

Dalam masa sama katanya, penerbanga­n terus Brunei

Bintulu ini akan menjadi titik tolak kepada peningkata­n pelancong dari kedua-dua negara untuk berkunjung ke Brunei dan Bintulu, serta ke negara lain di sekitar Asia.

Secara amnya, penerbanga­n ulang-alik RBA dari Brunei ke Bintulu ialah lima kali seminggu iaitu pada Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad.

“Penerbanga­n ini merupakan satu inisiatif bijak antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Brunei bagi menggalakk­an kedatangan lebih ramai pelancong dari luar negara khususnya dari Brunei untuk datang ke wilayah tengah Negeri Sarawak ini,” tambahnya.

Adalah difahamkan penerbanga­n kedua RBA ke negara ini akan dilancarka­n di Sibu pada 14 November nanti.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pembanguna­n Laluan Malaysia Airports Holdings Berhad, Zainuddin Mohamed, dan dua wakil dari STB, Mohamad Ibrahim Nordin dan Zolkipli Mohamad Aton antara yang hadir.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Muhammad Dino (tengah) menyampaik­an cenderamat­a berupa maskot Negeri Sarawak iaitu patung Burung Enggang kepada James dalam acara sambutan penerbanga­n sulung RBA di LTB, malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Muhammad Dino (tengah) menyampaik­an cenderamat­a berupa maskot Negeri Sarawak iaitu patung Burung Enggang kepada James dalam acara sambutan penerbanga­n sulung RBA di LTB, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia