Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia dinobat Pasukan Perbendaha­raan Syarikat Penerbanga­n Tahunan

-

KUCHING: AirAsia telah dinobatkan sebagai Pasukan Perbendaha­raan Syarikat Penerbanga­n Tahunan pada Anugerah Penerbanga­n Asia Pasifik 100.

Ketua Kewangan Penerbanga­n AirAsia Farhan Zainul dan Penasihat Kanan Asia Aviation Capital Aaron Gomez menerima anugerah tersebut pada majlis gala yang diadakan di Hong Kong semalam.

AirAsia meraih anugerah tersebut berdasarka­n prestasi kewangan dan pendapatan syarikatny­a bagi setiap prestasi penumpang, pesanan pesawat, serta rangkaian dan pengembang­an jumlah pesawatnya.

Pada 2018-2019, AirAsia telah memeterai dua portfolio pesawat utama bersama BBAM dan Castlelake LP yang bernilai AS$3.6 bilion.

Kedua-dua transaksi tersebut melibatkan lebih daripada 100 pesawat.

Transaksi tersebut bukan sahaja membuktika­n bahawa pasukan itu cekap dalam usaha meraih dana, tetapi juga mampu merangka struktur pembiayaan pesawat dan perkara ini bukanlah perkara yang lazim dalam urus niaga tersebut.

Pada tahun ini juga, AirAsia menjadi bualan global apabila ia membuat pengumuman pada Pertunjuka­n Udara Paris 2019 hendak menaik taraf pesawat Airbus jenis lorong tunggal dengan menukar 253 tempahan untuk pesawat A320neo kepada Airbus A321neo yang lebih besar.

Pada Ogos 2019 pula, syarikat penerbanga­n jarak jauhnya, AirAsia X telah mengembang­kan tempahanny­a bersama Airbus dengan menandatan­gani perjanjian bernilai AS$5 bilion untuk 12 pesawat Airbus A330-900 dan 30 A321XLR.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, penjualan operasi pajakan pesawat berkenaan adalah strategi jangka panjang untuk melupuskan aset fizikal mereka.

Ia juga membolehka­n mereka untuk meletakkan nilai yang lebih tinggi pada pesawat selain mengelakka­n sebarang risiko berbaki.

“Strategi ini membolehka­n kami melabur dalam program pengembang­an jumlah pesawat dan usaha digital kami.

“Dalam masa yang sama, kami dapat memberikan pulangan kepada para pemegang saham dan memacu visi kami untuk menjadi syarikat platform perjalanan dan kewangan utama di Asia Pasifik,” ujar beliau.

Tambah beliau juga, perkara ini tidak mungkin berlaku sekiranya tiada komitmen daripada pasukan kewangan pesawat.

“Pasukan kewangan pesawat kami sangat komited dan mereka sememangny­a layak memenangi gelaran Pasukan Perbendaha­raan Syarikat Penerbanga­n Tahunan,” kata beliau.

Anugerah Majalah Airline Economics Magazine 100 mengiktira­f syarikat-syarikat dalam industri penerbanga­n yang paling cemerlang selain mengiktira­f syarikat paling inovatif dalam strategi pembiayaan dan pajakan pesawat dalam 12 bulan yang lalu.

Pemenang Anugerah Penerbanga­n 100 ditentukan oleh tinjauan yang dilakukan secara menyeluruh dalam industri terbabit, proses penyelidik­an yang rapi dan pertimbang­an daripada para pengarang.

 ??  ?? GEMILANG: (Dari kiri) Pengarang Urusan Airline Economics Philip Tozer-Pennington, Ketua Kewangan Penerbanga­n AirAsia Farhan Zainul dan Penasihat Kanan Asia Aviation Capital Aaron Gomez pada majlis anugerah Airline Economics Asia Pacific Aviation 100.
GEMILANG: (Dari kiri) Pengarang Urusan Airline Economics Philip Tozer-Pennington, Ketua Kewangan Penerbanga­n AirAsia Farhan Zainul dan Penasihat Kanan Asia Aviation Capital Aaron Gomez pada majlis anugerah Airline Economics Asia Pacific Aviation 100.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia