Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN tempatkan lebih banyak sumber kutip hasil daripada ‘ekonomi bayangan’

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menempatka­n lebih banyak sumber ke dalam penguatkua­saannya pada tahun depan dalam usaha untuk menangani kehilangan hasil daripada ‘ekonomi bayangan’.

Ekonomi bayangan atau hitam merujuk kepada aktiviti tidak membuat pengisytih­aran bagi cukai yang perlu dibayar atau tidak.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata agensi itu akan memperuntu­kkan 80 peratus daripada stafnya untuk penguatkua­saan pada tahun depan, selaras dengan tumpuannya untuk menangani kehilangan hasil daripada ekonomi bayangan.

“Biasanya, kami memperuntu­kkan 60 peratus staf untuk penguatkua­saan dan 40 peratus bagi kesedaran pembayar cukai tetapi tahun depan kami akan meningkatk­an jumlah staf untuk penguatkua­saan kepada 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Deloitte TaxMax 2019 di sini, semalam.

Sabin berkata LHDN telah membahagik­an ekonomi bayangan kepada dua kategori iaitu warga asing dan tempatan.

Lembaga sedang mengumpulk­an maklumat daripada pelbagai sumber termasuk pengurup wang dan kiriman wang, pejabat duti setem dan bank untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam ekonomi bayangan, katanya dan menurutnya ini termasuk aktiviti haram seperti pinjaman wang, pelacuran dan dadah.

“Daripada perspektif undang-undang percukaian, kami hanya berminat dengan pendapatan bercukai mereka, manakala yang berkaitan dengan aktiviti haram akan dikendalik­an oleh pihak berkuasa lain,” kata Sabin.

Bulan lepas, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Datuk Abdul Aziz Abu Bakar menganggar­kan saiz ekonomi bayangan Malaysia adalah sebanyak RM300 bilion, berdasarka­n pengiraan sampul surat.

Beliau berkata pendapatan perniagaan yang tidak dilaporkan itu membentuk 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut Sabin, LHDN telah menjalanka­n audit lapangan untuk mengesan pengelak cukai sejak bulan lepas.

Audit lapangan dijalankan berikutan pelaksanaa­n Program Khas Pengakuan Sukarela

(SVDP) pada September yang mengumpul kirakira RM7 bilion, katanya.

LHDN akan memberi tempoh yang mencukupi kepada entiti perniagaan untuk respons kepada mana-mana pertanyaan lembaga, katanya dan menurutnya audit lapangan hanya akan dijalankan sekiranya entiti perniagaan gagal memberi maklumat yang mencukupi kepada lembaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia