Utusan Borneo (Sarawak)

15 maut dalam serangan di selatan Thailand

Susulan militan serang dua pos pemeriksaa­n di Yala, mangsa termasuk penduduk kampung

-

BANGKOK: Sekurangku­rangnya 15 orang terbunuh dan empat lagi tercedera dalam serangan pemberonta­k Islam yang disyaki di selatan Thailand yang dilanda keganasan, kata jurucakap tentera semalam, angka kematian paling besar dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

Wilayah Melayu-Islam di selatan telah dibelenggu keganasan berdarah yang mengorbank­an lebih 7,000 orang sepanjang 15 tahun lepas.

Kelmarin militan menyerang dua pos pemeriksaa­n di wilayah Yala yang dikawal anggota sukarela pertahanan awam, melepaskan tembakan ke arah mereka semasa sekumpulan penduduk kampung berhenti untuk bercakap, jurucakap tentera selatan Pramote Prom-in memberitah­u AFP.

“Dua belas orang terkorban di tempat kejadian, dua meninggal dunia di hospital serta seorang lagi mati pada pagi tadi,” jelas Pramote, sambil menambah bahawa pemberonta­k telah merampas beberapa raifal M-16 dan senapang patah dari pos pemeriksaa­n tersebut.

Kawasan di sekeliling pos pemeriksaa­n telah ditutup dan sekarang berada di bawah siasatan forensik, katanya.

Pemberonta­k yang mahu mendapatka­n kuasa autonomi bagi wilayah yang berbeza dari segi budaya dan bersempada­n dengan Malaysia telah menentang negara Thailand yang mempunyai majoriti penduduk beragama Buddha, yang menakluki kawasan tersebut sejak satu kurun lepas.

Konflik tegang itu dicirikan dengan serangan balas balik yang selalunya menyasarka­n simbol negara Thailand dan pasukan keselamata­nnya namun warga awam daripada kedua-dua komuniti Islam dan Buddha sering terperangk­ap dalam insiden tembak-menembak.

Serangan semalam menandakan usaha terancang paling besar “dalam satu tempoh yang sangat panjang”, kata Don Pathan, seorang pakar mengenai apa yang dikenali sebagai “jauh di selatan”.

Insiden semakin kurang dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, namun serangan adalah “lebih teruk”.

“Ia merupakan satu peringatan bahawa mereka masih berada di sini,” kata Pathan.

Pemberonta­k menuduh kerajaan mahu menghakis budaya mereka yang berbeza termasuk menjalanka­n penganiaya­an secara rutin yang terlepas daripada hukuman.

Keganasan semalam muncul berbulan-bulan selepas kematian seorang lelaki Islam, Abdulloh Esormusor, yang berada dalam keadaan koma selepas disoal siasat di sebuah pusat tahanan terkenal di Thailand.

Suspek telah dibawa secara rutin untuk disoal siasat dan ditahan di bawah undangunda­ng darurat di pusat tahanan di mana kumpulan hak asasi telah mendokumen­kan penyeksaan.

Beberapa hari selepas penahanan Abdulloh, empat orang terbunuh dalam serangan pada lewat malam ke atas pos pemeriksaa­n tentera, mencetuska­n spekulasi mengenai serangan membalas dendam.

Seminggu kemudian beberapa bom kecil meletup di Bangkok, mencederak­an empat orang ketika ibu kota tersebut menjadi tuan rumah kepada persidanga­n besar dihadiri para diplomat kanan, termasuk setiausaha negara Amerika Syarikat Mike Pompeo.

Thailand telah mengaitkan pengeboman dengan kumpulan pemberonta­k selatan dan menyatakan alat yang digunakan adalah sama dengan yang ditemui di selatan – walaupun tidak ada kumpulan yang pernah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan tersebut. — AFP

 ?? — Gambar Tuwaedaniy­a Meringing/AFP ?? CARI PETUNJUK: Anggota skuad bom memeriksa tapak serangan di mana pemberonta­k Islam disyaki menembak mati 15 orang di wilayah Yala, selatan Thailand semalam.
— Gambar Tuwaedaniy­a Meringing/AFP CARI PETUNJUK: Anggota skuad bom memeriksa tapak serangan di mana pemberonta­k Islam disyaki menembak mati 15 orang di wilayah Yala, selatan Thailand semalam.
 ?? — Gambar Surapan Bonnthanom/Reuters ?? NASIB MALANG: Anggota penyelamat menyorong troli membawa mayat penduduk kampung yang terbunuh di hospital di wilayah Yala, selatan Thailand semalam.
— Gambar Surapan Bonnthanom/Reuters NASIB MALANG: Anggota penyelamat menyorong troli membawa mayat penduduk kampung yang terbunuh di hospital di wilayah Yala, selatan Thailand semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia