Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Filipina gagalkan pengeboman nekad di kawasan bandar Jolo

-

MANILA: Anggota tentera di selatan Filipina telah menggagalk­an apa yang menurut pihak tentera semalam adalah satu cubaan pengeboman nekad di kawasan bandar, yang terbaharu dalam siri serangan yang dipersalah­kan terhadap sebuah kumpulan yang bekerjasam­a dengan Daesh (IS).

Anggota tentera yang mengawasi sebuah pos pemeriksaa­n di pulau Jolo terlibat dalam pertempura­n senjata singkat dengan tiga lelaki yang menunggang sebuah motosikal pada lewat tengah hari kelmarin.

Penyerang tersebut terbunuh dan ves bom, sepucuk pistol, sebiji grenad serta peledak telah dirampas, menurut pihak tentera.

Sasaran yang diingini adalah sebuah kawasan bandar di Jolo, ibu negeri pulau itu, serta dua daripada lelaki tersebut adalah rakyat Mesir, kata pegawai pasukan tentera wilayah dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki lain adalah rakyat Filipina dan anggota Abu Sayyaf, sebuah kumpulan yang telah menjanjika­n kesetiaan kepada IS serta dikenali dengan kegiatan lanun dan menculik rakyat asing.

Insiden itu merupakan cubaan pengeboman nekad yang kelima di selatan Filipina sejak 16 bulan lepas. Serangan sebegitu tidak pernah didengari sebelum ini meskipun pemberonta­kan dan keadaan tanpa undangunda­ng selama beberapa dekad telah menyemarak­kan sentimen Islamis.

Ia menandakan peralihan menakutkan dalam perjuangan Filipina bagi membendung kumpulan militan yang diinspiras­ikan oleh IS yang disertai oleh pejuang dari Malaysia dan Indonesia, termasuk dalam satu serangan berani dan penaklukan selama lima bulan di Bandar Marawi pada 2017.

Pengeboman nekad adalah semuanya di kepulauan Sulu, kubu kuat Abu Sayyaf dan telah diakui semuanya oleh IS.

Ia termasuk pengeboman berkembar ke atas sebuah gereja pada Januari yang mengorbank­an 21 nyawa, letupan bom van di sebuah pos pemeriksaa­n pada Julai 2018 yang menyebabka­n 11 kematian, serangan nekad oleh dua belia yang membunuh lapan orang pada Jun, dan seorang wanita yang meletupkan bom yang dibawanya terlebih awal berhampira­n satu pasukan tentera pada September.

Penyerang tersebut termasuk rakyat Indonesia, seorang rakyat Maghribi dan rakyat Filipina.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah berjanji akan menghapusk­an Abu Sayyaf dan memperting­katkan operasi ketenteraa­n di kubu kuatnya, namun pengeboman menyasarka­n orang awam dan tentera masih tidak berkuranga­n. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia