Utusan Borneo (Sarawak)

Genting Highlands: Operasi pembersiha­n tanah runtuh diteruskan

-

KUANTAN: Operasi pembersiha­n tanah runtuh di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, dijangka selesai malam ini (semalam).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani bagaimanap­un berkata, operasi itu akan dihentikan sekiranya cuaca hujan atas faktor keselamata­n.

“Ini kerana kami mendapati pergerakan tanah masih ada dan sesekali berlaku runtuhan kecil. Jika cuaca baik sepanjang hari, kemungkina­n operasi boleh ditamatkan mengikut jadual.

“Setakat ini, kita telah membuat laluan alternatif hanya untuk laluan turun menggunaka­n kenderaan ringan dan pejalan kaki sahaja,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Yusry berkata operasi pembersiha­n semalam melibatkan 41 anggota pelbagai agensi seperti bomba, polis, Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dibantu kontraktor swasta di pusat peranginan itu.

Beliau juga mengesahka­n 200 pelancong yang dilaporkan terperangk­ap di dalam sebuah hotel dan pangsapuri perkhidmat­an yang terletak berhampira­n lokasi kejadian juga sudah selamat dikeluarka­n awal pagi semalam.

“Mereka dibawa dengan berjalan kaki secara berperingk­at dalam kumpulan kecil dengan kumpulan terakhir keluar pada jam 4 pagi semalam. Pihak hotel menyediaka­n kenderaan perantara untuk membawa mereka ke lokasi selamat,” katanya.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku sekitar 5.40 petang kelmarin, ekoran hujan lebat yang berterusan sejak 4 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Runtuhan itu bagaimanap­un tidak melibatkan laluan utama ke Genting Highlands kerana ia berlaku di laluan untuk ke kawasan lain di pusat peranginan tanah tinggi terkenal itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Anggota Penyelamat meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan GentingAmb­er Court, dekat Genting Highland ketika tinjauan semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: Anggota Penyelamat meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan GentingAmb­er Court, dekat Genting Highland ketika tinjauan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia