Utusan Borneo (Sarawak)

Dua polis maut, tiga cedera dirempuh lori

Kemalangan berlaku ketika enam anggota polis mengemaska­n kelengkapa­n setelah bertugas

-

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis maut manakala tiga yang lain cedera setelah dirempuh sebuah lori selepas selesai menjalanka­n tugasan sekatan jalan raya di Jalan Changgung, Pasir Puteh, Seri Alam pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah berkata dua anggota polis tersebut Saifullah Mohamad, 32, dari Balai Polis Pasir Gudang dan Mohamad Johari Rosli, 32, dari Balai Polis Taman Scientex, Seri Alam meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku ketika enam anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam selesai penugasan sekatan jalan raya dan sedang memuat kelengkapa­n ke atas Land Rover untuk balik ke pangkalan dan secara tiba-tiba mereka telah dirempuh oleh sebuah

Siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh lima daripada enam anggota berkenaan serta Land Rover yang berada di tepi jalan.

Superinten­den Ismail Dollah

Ketua Polis Daerah Seri Alam

lori dari arah Kota Masai ke Taman Pasir Puteh.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh lima daripada enam anggota berkenaan serta Land Rover yang berada di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, ekoran kemalangan tersebut, tiga anggota polis yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu lori yang berumur 47 tahun berasal dari Kota Masai juga sedang menerima rawatan di HSI kerana mengalami cedera ringan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia