Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low dikesan cuba beli harta di Cyprus: Hamid

-

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dikesan dipercayai cuba membeli harta di Cyprus dengan menggunaka­n nama individu yang tidak dikenali, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata maklumat berkenaan diperoleh selepas pihaknya menahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Jho Low dalam tempoh beberapa minggu lepas.

“Hasil daripada tangkapan, kami berjaya merungkai dan mendapatka­n maklumat Jho Low sedang berusaha membeli harta di negara berkenaan.

“Kami ada membuat tangkapan secara diam-diam (beberapa minggu lepas),” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Buku Manual Siasatan Jenayah Komersial dan Buku Arahan Penyiasata­n Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendakwa pihak berkuasa menganggar­kan RM18.9 bilion aset milik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) masih belum dikenal pasti setakat ini hingga melibatkan lima negara.

Berdasarka­n perkara itu, Abdul Hamid berkata Pasukan

Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman giat berusaha mengkaji petunjuk baharu berkaitan Jho Low.

“Pasukan AMLA giat bekerja siang dan malam mengkaji petunjuk-petunjuk yang ada (termasuk isu Cyprus ini),” katanya.

Ditanya, sama ada pihak polis berhubung dengan dengan pihak Cyprus berhubung kes Jho Low yang dilucutkan hak kerakyatan­nya di Cyprus, Abdul Hamid menjelaska­n polis tidak berhubung dengan negara berkenaan setakat ini.

“Saya tidak berkomunik­asi dengan pihak Cyprus. Tidak pernah ada, namun mungkin itu adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah negara berdaulat,” katanya.

“Sudah tahu individu itu (Jho Low) dikehendak­i oleh InterpoI (Polis Antarabang­sa) dan notis merah, sepatutnya negara itu akur,” katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak ada komunikasi terus dengan polis negara luar, sebaliknya hanya mengetahui melalui laporan akhbar sahaja.

“Saya sudah katakan, mustahil Jho Low boleh keluar daripada persembuny­iannya dari negara itu. Dia masih di situ bersembuny­i,” katanya.

Abdul Hamid berkata beliau juga tidak bermaksud menyamakan Jho Low dengan beruang, sebaliknya alasan yang diberikan Jho Low melakukan pembedahan plastik adalah alasan yang tidak boleh diterima.

“Saya tidak bermaksud sedemikian, alasan-alasan yang diberitahu susah untuk menjejak Jho Low antaranya kemungkina­n dia melakukan pembedahan plastik. Itu yang saya bangkitkan di Tawau, Sabah (baru-baru ini).

“Sekiranya alasan dia menjalani pembedahan sehingga boleh berubah, alasan sebegini saya tidak boleh terima,” tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya jika polis gagal membawa pulang Jho Low sehingga penghujung tahun ini, Abdul Hamid berkata tahap kesabarann­ya masih ada dan pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha untuk bekerjasam­a dengan negara berkenaan.

“Tetapi saya amat kecewa apabila permintaan saya tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan, sedangkan kami sudah beri kerjasama yang baik kepada negara berkenaan,” katanya.

Pada 4 November lepas, Abdul Hamid menyifatka­n tindakan negara tertentu yang melindungi Jho Low disifatkan sebagai tidak bertanggun­gjawab.

Negara berkenaan juga mengambil pendekatan enggan memberi kerjasama kepada Malaysia sekali gus menyukarka­n tugas pihak berkuasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Hamid (tengah) bersama Mazlan (kiri) dan Mohd Zakaria ketika Majlis Pelancaran Buku Manual Siasatan dan Buku Arahan Penyiasata­n PJSJK di Maktab PDRM Cheras semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Hamid (tengah) bersama Mazlan (kiri) dan Mohd Zakaria ketika Majlis Pelancaran Buku Manual Siasatan dan Buku Arahan Penyiasata­n PJSJK di Maktab PDRM Cheras semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia